Siakap Keli
Kredit: TikTok

Otak Jauh Lagi ‘Maju’, Lelaki Guna ‘Push Start Button’ Hidupkan Enjin Van

Biasanya kita dapat melihat ‘push start button‘ pada kenderaan terkini, khususnya, kereta. Jarang sekali kita melihat penggunaan ‘push start button’ di dalam van. Akan tetapi, seorang pengguna TikTok ini telah menyangkal kenyataan tersebut.

Asalnya, terdapat satu video di TikTok yang menunjukkan satu mesin basuh yang berfungsi dengan cara ‘manual’. Mesin basuh itu berfungsi dengan menekan ‘suis’ yang dipasang secara manual.

@ezraaletto

Modern atau apa🤔

♬ suara asli – PAPAMIDAZ – TAUFIQ AKMAL

Selepas video itu tular di TikTok, seorang pengguna TikTok yang bernama Faeqs Azhar telah melakukan ‘stitch‘ terhadap video tersebut. Dia menunjukkan reaksi seolah dia mampu menandingi inovasi mesin basuh ‘manual’ tersebut.

Dalam videonya, dia telah menggapai kunci vannya dan menuju ke luar rumahnya. Setelah berada di luar rumah, dia pergi menuju ke sebuah van yang berwarna merah.

Setelah memasuki van merah tersebut, dia ‘cucuk’ kunci ke dalam lubang kunci van dan cuba menghidupkan enjinnya. Akan tetapi, tindakan itu tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Kredit: TikTok

Dia tidak langsung gentar dan panik kerana rupa-rupanya, ada dua suis putih yang dipasang pada atas stereng van tersebut. Kotak suis yang tertera pelekat kelulusan SIRIM itu berfungsi sebagai ‘push start button’ untuk van tersebut.

Dia menghidupkan kedua-dua suis dan akhirnya engin dapat dihidupkan. Perkara ini telah menimbulkan rasa kagum dan teruja daripada warganet.

@faeqs_azhar

#stitch with @ezraaletto jangan ingat dia sorang je ade 😏😏

♬ original sound – faeqsazhar – faeqsazhar

Siapa sangka suis yang bernilai RM5 ini boleh membantu kenderaan ini untuk terus berfungsi seperti biasa.

Sumber: TikTok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma