Siakap Keli
wanita buat laporan palsu dakwa dirinya dirogol
Gambar: Bernama via Google

Taknak Layan ‘Abang Van Kilang’, Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diri Dirogol, Padahal…

Enggan teruskan hubungan bersama pemandu van kilang setelah melakukan seks suka sama suka, seorang wanita sanggup membuat laporan polis palsu dengan mendakwa dirinya dirogollapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, segala helah pekerja operator pengeluaran berusia 23 tahun itu akhirnya terbongkar setelah siasatan demi siasatan dijalankan.

“Malam kelmarin, seorang wanita hadir ke Balai Polis Larkin membuat laporan mendakwa dia dirogol pemandu van kilang berusia 21 tahun.

“Ekoran itu, wanita berkenaan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan serta ke lokasi kejadian yang didakwa berlaku insiden rogol sebelum turut menyiasat lelaki yang didakwa terlibat.

“Lelaki berkenaan tidak mengaku dia merogol wanita tersebut, sebaliknya memberitahu mereka melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka, tanpa sebarang paksaan.

“Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan seks lagi, tetapi dia enggan. Jadi, dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol,” jelas Raub Selamat menerusi Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, pada jam 4 petang wanita terbabit ditahan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu kepada pihak polis, lapor Utusan Malaysia.

“Wanita itu mendakwa dirogol pemandu van kilang berkenaan dalam sebuah van di kawasan gelap dekat Jalan Dewata, Larkin, pada 3 Ogos lalu.

“Hasil pemeriksaan di hospital pula mendapati terdapat kesan lama akibat hubungan seks pada kemaluan wanita, siasatan awal juga mendapati wanita itu mengaku selalu melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki lain,” maklumnya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau berpesan kepada orang awam agar tidak membuat sebarang maklumat palsu kerana bakal disabitkan hukuman tegas dan mengganggu tugas pihak polis.

Sumber: Utusan Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?