Siakap Keli

Banyak Adegan Cahaya Kelip-Kelip Sampai Keluar Petisyen, Pengabdi Setan 2 Tambah ‘Flash Warning’

Filem Pengabdi Setan 2 dikhabarkan bakal memasuki pawagam Malaysia mulai 11 Ogos 2022.  Pun begitu, filem ini telah pun ditayangkan di Indonesia sejak awal Ogos lalu.

Sejak beberapa hari tayangan, rata-rata penonton di Indonesia memberikan rating penuh terhadap storyline yang menurut mereka seram dan bagus.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tersebar petisyen daripada para penonton meminta pihak pawagam untuk membuat satu peringatan penting terhadap kesan cahaya pada setiap tayangan filem seram itu.

Gerakan itu bermula daripada respon para penonton yang rata-rata berpendapat, adegan didalam filem berkenaan terdapat banyak flashing lights atau cahaya kelip-kelip.

“Sebagai orang yang sudah menonton film ini, saya merasa bahawa filem ini perlu menambahkan sebuah peringatan akan penggunaan flashing lights (cahaya kelap-kelip) yang begitu banyak di dalam filemnya,” demikian pernyataan daripada salah seorang penonton.

Cahaya kelap-kelip yang dimunculkan berpotensi menimbulkan kejang-kejang atau epilepsi bagi penonton yang sensitif akan cahaya kelap-kelip.

Penonton yang sensitif dengan cahaya ini akan merasa pusing saat menonton film yang menampilkan cahaya kelap-kelip.  Peringatan ini bertujuan sebagai langkah preventif demi kenyamanan para penonton di dalam studio bioskop nanti.”

Hari ini, melalui Twitter rasmi pihak produksi, Rapi Films mengumumkan bahawa Pengabdi Setan 2: Communion akan menambahkan flash warning di seluruh pawagam yang menayangkan filem tersebut.

“Sejauh ini belum ada kes, tapi ini harus dilakukan kerana memang sudah seharusnya,” tegas pengarah filem Pengabdi Setan 2, Joko Anwar.

Sumber: CNN Indonesia, Kompas, Twitter

Nur Farra