Siakap Keli
rakyat britain air
Gambar: RT News

Bimbang Bekalan Air Terganggu, Warga Britain Disaran Amalkan Sikap ‘Mandi Kerbau’

Bimbang Bekalan Air Terganggu, Warga Britain Disaran Amalkan Sikap ‘Mandi Kerbau’

Warga Britain disaran mengurangkan tempoh masa mandi mereka sekurang-kurangnya 60 saat untuk mengelakkan berlakunya pembaziran susulan masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi negara itu ketika ini, lapor The Sunday Times, dipetik dari sumber syarikat yang berurusan dengan bekalan air di United Kingdom.

Menurut laporan tersebut, wakil industri mengatakan bahawa walaupun saranan itu mungkin tidak popular, negara itu hanya mempunyai dua pilihan iaitu mengeluarkan perbelanjaan berbilion-bilion pound untuk infrastruktur yang baru atau meminta orang ramai mengurangkan masa mandi kurang dari satu minit. 

Cadangan tersebut tercetus apabila melihat keadaan cuaca kering yang luar biasa di UK dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pada Julai, negara ini telah mencatatkan keadaan cuaca paling kering setakat ini menyebabkan penggunaan air yang agak tinggi. 

Memetik laman berita RT, pakar berkata, jika cuaca tidak berubah, negara mungkin terpaksa memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan air termasuk sekatan dan catuan air. Penganalisis percaya bahawa penduduk di UK mungkin akan dipersalahkan jika bekalan air berkurangan dengan drastik. 

“Sebahagian isu semasa yang membimbangkan kami pada ketika ini adalah paras air rendah yang mungkin akan membawa kepada langkah penyekatan penggunaan paip air,” kata Christine Colvin dari The Rivers Trust dalam satu kenyataan, lapor Bloomberg. 

Menurut Colvin, UK menggunakan lebih banyak air per kapita berbanding negara lain di Eropah. UK telah menjalankan satu program mengikut kawasan penduduk yang memerlukan mereka mengurangkan penggunaan air harian menjelang suku tahun 2050 daripada 145 liter sehari kepada 110 liter. 

Perbezaan 35 liter tersebut sama dengan tiga kali kitaran mesin basuh pinggan mangkuk atau enam kali penggunaan  ‘flush‘ di dalam bilik air. Program tersebut dilancarkan selepas pakar menganggarkan bahawa 25 tahun akan datang UK akan memerlukan kira-kira 4 bilion liter air sehari untuk bekalan penduduk mereka. 

BACA: Kucing ‘Bangga’ Jadi Hero, Selamatkan Rumah Tuan Dari Perompak Bersenjata

Sumber: RT, Bloomberg, The Sunday Times

Faiz Mustafa