Siakap Keli
Kucing Diangkat Hero
gambar via People

Kucing ‘Bangga’ Jadi Hero, Selamatkan Rumah Tuan Dari Perompak Bersenjata

Kucing ‘Bangga’ Jadi Hero, Selamatkan Rumah Tuan Dari Perompak Bersenjata

Seekor kucing diangkat sebagai wira selepas menumpaskan sekumpulan perompak yang pecah masuk ke rumah pemiliknya. 

Pada 25 Julai lalu, Fred Everitt dari Belden, Mississippi, mendengar suara kucingnya seberat 20 paun, Bandit ‘meow’ dengan kuat di dapur sekitar jam 2.30 pagi hingga 3 pagi sebelum melompat ke atas katil.

Memetik People, Everitt, 68, memaklumkan kepada Daily Journal bahawa dia menjadi cemas ketika kucing tersebut melakukan hal itu. Sebelum ini, kucing miliknya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu. 

Apabila Everitt menuruti apa yang Bandit mahukan dengan keluar dari bilik dan menuju ke dapur DAN Sebaik sahaja dia menyalakan lampu, dia melihat terdapat dua individu sedang cuba membuka pintu belakang rumahnya dan salah seorang daripada mereka mempunyai senjata api dipercayai pistol. 

Everitt kemudian bergegas untuk mengambil pistol yang dia letak di dapur, namun apabila dia kembali semula ke bahagian pintu belakang, dua individu tersebut telah melarikan diri. 

“Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk jika Bandit tidak mengejutkan saya dari tidur,” jelasnya. 

Difahamkan, Everitt tidak menghubungi dan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

BACA: “Ya Tuhan, Apa Salah Oyen…” Tertusuk Atas Belakang, Kucing Cedera Dipercayai Dipanah

Sumber: People

Faiz Mustafa