Siakap Keli
Seekor kucing dipanah
Gambar via SAFM

“Ya Tuhan, Apa Salah Oyen…” Tertusuk Atas Belakang, Kucing Cedera Dipercayai Dipanah

“Ya Tuhan, Apa Salah Oyen…” Tertusuk Atas Belakang, Kucing Cedera Dipercayai Dipanah

Seekor kucing ‘Oyen’ ditemui dengan anak panah tertusuk diatas belakang dan mengalami kecederaan di bahagian tengkuknya serta perlu dirawat dengan secepat mungkin, dipercayai dipanah individu tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), mereka telah menerima aduan tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah taman di Pusat Bandar Puchong.

“Haiwan juga makhluk Tuhan, sama seperti kita. Sebagaimana kita tidak mahu berbuat jahat kepada orang lain, haiwan juga berhak untuk menerima perhatian dan kasih sayang yang sama dari manusia.

“SAFM mengutuk perbuatan ini yang boleh membunuh haiwan. Sebarang bentuk penganiyaan terhadap haiwan merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan perlu dibanteras sehingga ke akar umbi,” tulis mereka.

Oleh itu, pihak SAFM memohon jika terdapat sebarang saksi yang melihat kejadian atau mengetahui pelaku yang bertanggungjawb ke atas kejadian Oyen dipanah atas belakang ini untuk tampil ke depan supaya pesalah yang melakukan kezaliman terhadap kucing ini dapat ditangkap dan didakwa.

“Sebarang perilaku tidak berkemanusiaan terhadap haiwan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” jelas mereka.

Bagi membantu siasatan, saksi diminta tampil atau kepada mereka yang mempunyai maklumat boleh meyalurkan di laman sesawang SAFM.

BACA: Ada Rider Tak Jadi Mogok, Syarikat Tawar Bonus Tambahan 5 Hingga 7 Ogos Ini

Sumber: SAFM

Faiz Mustafa