Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan & Sotong Mati Terdampar

MEXICO – Pantai Yucatan, Mexico cetus misteri di kalangan penduduk apabila terdapat ribuan hidupan marin yang terdiri daripada ikan mahupun sotong terdampar di tepi pantai akibat fenomena ‘Red Tide’, lapor Daily Star.

‘Red Tide’ atau dikenali juga dengan air pasang merah telah terjadi di pantai itu sejak beberapa minggu yang lalu sehingga menyebabkan beribu-ribu ikan mati dan terdampar sehingga menjejaskan kawasan pantai berkenaan.

Thousands of dead fish appeared on the Telchac beach in Yucatan

Menurut laporan, kawasan Pantai San Bruno dan San Crisanto juga telah terjejas dengan fenomena misteri yang sama.

Air pasang merah ialah kejadian yang berlaku di kawasan pantai apabila alga iaitu organisma seperti tumbuhan telah tumbuh di luar kawalan sehingga menimbulkan bahaya kepada kedua-dua kehidupan iaitu manusia dan laut.

The port authority has been called out to clean affected beaches.

Laporan tempatan memberitahu, fenomena yang terjadi telah menyebabkan kerugian dalam sektor ekonomi di kawasan itu serta kerisauan dan ketakutan dalam kalangan penduduk.

“Kami menghadapi masalah spesies marin ini mati dan terdampar serta kami takut ikan ini akan mereput dan menarik penyakit yang tidak kami mahu,” kata Arelda Chay iaitu pengarah ekologi Telchac.

Menurut laporan juga, pihak berkuasa pelabuhan telah dipanggil untuk membersihkan pantai yang terjejas. Kejadian ini juga telah menjejaskan sektor pelancongan apabila beberapa pengunjung yang datang ke kawasan itu menggelar pantai berbau busuk.

Seorang pengunjung berkata, “malangnya, alam semula jadi memainkan peranan yang berbeza hari ini, kerana saya datang untuk berjalan-jalan dan di sini laut sentiasa cantik,” katanya.

“Kali ini, pantai ini menjelma dengan keadaan seperti ini, perkara yang buruk ialah saya melihat banyak spesies marin yang mati,” tambahnya lagi.

Kementerian Kesihatan Yucatan berkata mereka sentiasa memantau air pasang merah yang berlaku dan menggesa penduduk tempatan supaya tidak memakan makhluk laut dari kawasan yang sudah terjejas.

Makhluk laut juga akan melarikan diri dari air pasang merah dan berkumpul di kawasan yang sama dan menyebabkan banyak daripada mereka akan tenggelam. Kementerian kesihatan di sana menasihatkan penduduk supaya tidak memakan ikan di situ.

Pihak kementerian juga menggesa penduduk untuk kekal bertenang dan turut menjelaskan bahawa ujian awal mendapati air di situ tidak mempunyai toksik dan tidak menimbulkan risiko kepada orang yang mandi.

Sumber: Daily Star

Nurlizah Khazani