Siakap Keli
Guna Duit Syiling Sebagai Jubin
Gambar via HYGO Talent

Unik, Ganti Jubin Dengan Susunan Duit Syiling, ‘Deko’ Seakan Permaidani Mewah Curi Tumpuan

Guna Duit Syiling Sebagai Jubin Tarik Perhatian Umum

Seni merupakan hal yang sangat unik hingga ada yang menjangkau akal fikiran kita sendiri. Ia juga bersifat bebas dan tidak ada yang salah dalam setiap karya oleh setiap individu itu sendiri. 

Kebanyakkan seni reka merujuk kepada emosi seseorang yang diluahkan dalam bentuk karya kreatif masing-masing sama ada lukisan mahupun senibina.

Namun, seni bukan sekadar lukisan di atas kertas dan binaan sebuah bangunan semata-mata, seni itu dipandang luas dari banyak sudut dan jurangnya termasuk muzik, tarian, teater dan sebagainya dan setiap karya seni memiliki kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. 

Seperti yang dikongsikan oleh laman Facebook milik HYGO Talent, sebuah karya unik jubin yang unik diperbuat dari susunan duit syiling menarik perhatian umum yang melihatnya. 

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh HYGO Talent, duit-duit syiling tersebut disusun satu persatu mengikut warna masing-masing hingga menjadi satu corak yang unik dan cantik seakan-akan permaidani yang mahal. 

Siapa sangka dengan hanya menggunakan duit syiling boleh hasilkan sebuah karya seni yang baik dan cantik ini. Jom lihat proses untuk menyiapkan karya ini di bawah. 

Gambar Via HYGO Talent
Gambar Via HYGO Talent
Gambar Via HYGO Talent
Gambar Via HYGO Talent
Gambar Via HYGO Talent

BACA: Bayi 6 Bulan Maut Dipercayai Sesak Nafas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak

Sumber: HYGO Talent (Facebook) 

Faiz Mustafa