Siakap Keli
Bayi 6 bulan maut
Gambar via Coconuts

Bayi 6 Bulan Maut Dipercayai Sesak Nafas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak

Bayi 6 Bulan Maut Dipercayai Sesak Nafas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak

Bayi yang baru berusia enam bulan dilaporkan maut selepas dibawa menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak. 

Kisah dan kejadian tersebut disahkan oleh ibu bapa kepada bayi itu sendiri selepas tular di media sosial pada 3 Ogos lalu di Twitter. 

Menurut bapa kepada bayi itu, dia bersama isterinya membawa bayi tersebut menaiki motosikal dari Tegal, Jawa Tengah ke Surabaya, Jawa Timur pada 30 Julai lalu untuk menonton perlawanan bola sepak dari pasukan kegemaran mereka yang berlangsung di ibu kota. 

Menurutnya lagi, mereka bertolak dari Tegal sekitar jam 5.38 petang waktu tempatan dan tiba di Surabaya sekitar jam 7:15 pagi keesokan harinya. Perjalanan yang kira-kira 500 KM itu mengambil masa sekurang-kurangnya 15 jam untuk sampai ke destinasi. 

Sebaik sahaja tiba, bayi tersebut dilaporkan mengalami batuk dan kesukaran bernafas dan membawanya ke hospital. Malangnya, dia meninggal dunia walaupun pihak hospital sedaya upaya berusaha untuk menyelamatkannya. 

“Ini semua disebabkan kebodohan saya yang dibaluti dengan ego serta keangkuhan dengan membawa bayi saya yang masih berusia enam bulan dari Tegal ke Surabaya semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. 

“Biarlah saya seorang saja yang bersikap seperti ini,” tulisnya, lapor agensi berita Coconuts. 

Memetik Coconut, tujuan si bapa kongsikan kisah tersebut untuk dijadikan sebagai peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana walaupun akan menerima kecaman umum. Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian bayi tidak didedahkan. 

Dr, Kurniawan Satria Denta, seorang pakar pediatrik menerusi laman Twitter miliknya, mengambil peluang menasihati para ibu bapa supaya tidak membawa bayi mereka menunggang motosikal seperti yang sering dilakukan oleh umum. 

“Antara risikonya ialah hipotermia. Bayi akan kesejukkan dan akan mengalami hipotermia yang berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan dan metabolik, mereka juga mungkin akan tidak sedarkan diri,” tulisnya, lapor Coconuts. 

BACA: Kucing ‘Bangga’ Jadi Hero, Selamatkan Rumah Tuan Dari Perompak Bersenjata

BACA: ​​Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Sumber: Coconuts

Faiz Mustafa