Siakap Keli
iPhone & AirPods Dijangka Bakal Guna Kabel USB-C
Gambar via UNILAD

iPhone & AirPods Dijangka Bakal Guna Kabel USB-C Menjelang 2023

iPhone & AirPods Dijangka Bakal Guna Kabel USB-C Menjelang 2023

Seorang pakar teknologi telah menjangkakan bahawa iPhone dan AirPods bakal menggunakan USB-C kembali pada tahun 2023 untuk menyeragamkan penggunaan port yang sama untuk kesemua produknya.

Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo menganggap, kesemua model AirPod yang dikeluarkan pada 2023 akan dilancarkan dengan pengecas USB-C dan bukannya kabel kilat yang mereka gunakan pada masa ini.

Dia juga mencadangkan bahawa iPhone 15, yang akan dikeluarkan pada 2023 akan datang dengan pengecasan USB-C dan jelas menandakan Apple sudah beralih daripada kabel kilat.

Difahamkan, lebih banyak peranti akan beralih kepada pengecasan menggunakan kabel USB-C untuk memastikan keseragaman penggunaan kabel yang sama seperti yang sudah tersedia pada produk Apple yang lain seperti iPad dan Macbook.

Menurut laporan, Apple sedang menguji keberkesanan penggunaanya dahulu terhadap iPhone dengan menggunakan USB-C dan bukannya kabel pengecasan kilat.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa telefon dan peranti yang akan dikeluarkan lewat tahun ini masih mengekalkan kabel pengecasan kilat untuk menghabiskan stok yang ada.

Keputusan ini mungkin dibuat oleh pihak Apple disebabkan atas dasar mengikuti syarat dan polisi yang dibuat oleh Kesatuan Eropah untuk mewajibkan penggunaan kabel USB-C bagi kesemua peranti bertujuan untuk mengurangkan sisa elektronik dan memelihara alam sekitar.

Reka bentuk semula akan menjadi mandatori untuk peranti Apple yang dijual di Kesatuan Eropah disebabkan keputusan mahkamah menyatakan bahawa semua syarikat perlu memperkenalkan port pengecasan USB-C biasa pada peranti mereka yang lebih kecil menjelang Musim luruh 2024.

Mulai akhir 2024 dan seterusnya semua telefon pintar yang dijual di negara Kesatuan Eropah perlu mempunyai slot USB-C untuk kesemua peranti mereka.

Justeru, melainkan Apple mahu berhenti menjual telefon ke Eropah, mereka perlu membuat model yang mempunyai slot pengecasan yang betul.

Selain itu, melainkan Apple mahu membuat model khusus dan khas bagi negara di Kesatuan Eropah untuk mengecas melalui kabel USB-C, maka penyesuaian itu perlu dilancarkan ke seluruh produk baharu mereka dan itu termasuk AirPods juga.

Walaupun Apple mencuba untuk menentang undang-undang yang dibuat di mana keputusan itu akan membuatkan kesemua peranti menggunakan kabel USB-C, Apple beranggapan langkah sedemikian akan menyekat inovasi baharu sekaligus berlakunya pembaziran kepada pelanggan yang pernah membeli sebelum ini.

Bagi keluaran Apple semasa, syarikat teknologi itu bersedia untuk mengeluarkan iPhone 14 pada tahun ini dan berkemungkinan keluaran baharu itu akan masih menggunakan kabel pengecasan kilat sama seperti sebelumnya.

Sumber: UNILAD

Nurlizah Khazani