Siakap Keli
Malaysia Tewa
Kredit Facebook FAM

Sudah Cuba Sehabis Baik, Malaysia B19 Tewas Sepakan Penalti ‘Ditangan’ Vietnam

Sudah Cuba Sehabis Baik, Malaysia B19 Tewas Sepakan Penalti ‘Ditangan’ Vietnam

Hampir mencipta kejutan selepas menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 6 minit, hajat skuad bola sepak Malaysia B19 untuk menjulang trofi di Kejohanan Antarabangsa Thanh Nien tidak kesampaian apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah Vietnam.

Skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Wara berjaya mengikat tuan rumah melalui jaringan Azhad Harraz Arman pada minit ke 84 melalui melakukan serangan balas pantas. Malaysia sebelum itu berjaya bertahan dengan baik di sebalik asakan bertali arus skuad tuan rumah yang mahu menambah jaringan.

Tamat 90 minit masa sebenar, perlawanan bagaimanapun tidak disambung dengan masa tambahan, sebaliknya terus menujuk ke penentuan sepak penalti.

Dua pengambil sepakan penalti terawal bagi kedua-dua pasukan tidak berdepan masalah untuk menyelesaikan tugas masing-masing sekaligus mengikat kedudukan 2-2. Bagaimanapun, pengambil sepakan penalti ketiga Malaysia gagal menjaringkan gol sekaligus memberi kelebihan 3-2 kepada pasukan tuan rumah selepas penyepak penalti ketiga mereka berjaya menyempurnakan sepakannya sebelum itu.

Harapan seolah-olah kembali hidup apabila penyepak penalti keempat Vietnam gagal menyempurnakan tugasnya dan Malaysia mengikat kembali kedudukan 3-3.

Namun begitu, pengambil sepakan penalti kelima Malaysia gagal menjaringkan gol bagi mengikat kembali kedudukan selepas pemain Vietnam sebelum itu berjaya menjaringkan gol pada sepakan penalti kelimanya.

Ia sekaligus menyaksikan Malaysia tewas 4-3 dalam penentuan sepakan penalti. Walau apa pun keputusannya, tahniah kepada skuad muda negara kerana muncul sebagai naib juara.

Kemudian permainan diteruskan dengan penalti untuk menentukan juara keseluruhan Piala AFF B-19. Keputusan penuh Vietnam 4, Malaysia 3.

Sumber: FAM

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka