Siakap Keli
Gambar via Bernama

“Terus Nak Makan Sedap,” 8 Kenangan Ini Hanya Peminjam PTPTN Akan Faham

“Terus Nak Makan Sedap,” 8 Kenangan Ini Hanya Peminjam PTPTN Akan Faham

Bagi yang sudah bergelar graduan, sudah pasti pelbagai memori yang terpahat di dalam hati sepanjang pengajian. Di samping kenangan bersama-sama rakan dan pensyarah, ada satu perkara lagi yang kebanyakan graduan pernah mengalaminya. Pengalaman yang dimaksudkan adalah kenangan bersama-sama PTPTN yang menjadi ‘peneman’ bagi meneruskan kehidupan ketika bergelar seorang pelajar.

Tidak dinafikan, pinjaman PTPTN banyak membantu pelajar untuk menyara kehidupan di institusi pengajian tinggi sehinggalah tamat pengajian. Sekiranya diimbau kembali, pasti akan ada yang tersenyum bila teringat kembali setiap kali wang PTPTN sudah masuk. Apa tidaknya, bila wang pinjaman PTPTN masuk ke dalam akaun bank, terus diri berasa sebagai seorang yang kaya sebab ada baki yang berjumlah ribuan ringgit. Pastinya, masing-masing ada kenangan tersendiri dengan duit pinjaman PTPTN, tapi kali ini admin nak kongsikan beberapa kenangan yang semua orang boleh relate mengenai pinjaman PTPTN.

Kelulusan Borang Permohonan

Setelah borang permohonan sudah dihantar, antara detik yang digeruni adalah ketika hendak menunggu keputusan kelulusan pinjaman PTPTN. Bukan apa, tidak semua ibu bapa mampu menampung kos pengajian anak, jadi pinjaman PTPTN menjadi harapan untuk merealisasikan impian anak untuk menyambung pelajaran.

Setiap Hari Tunggu Mesej PTPTN Sudah Masuk

Setiap pelajar pastinya ternanti-nanti duit pinjaman PTPTN masuk ke dalam akaun. Disebabkan itulah, boleh dikatakan setiap masa akan tunggu mesej daripada PTPTN yang memaklumkan bahawa wang sudah dikreditkan ke dalam akaun bank. Pun begitu, ada juga yang mendapat ‘perkhabaran gembira’ tersebut melalui rakan-rakan yang lebih awal sudah tahu.

Gambar: Whydogus

Beratur Di Mesin ATM Nak Semak Baki Dan Keluarkan Duit Pinjaman PTPTN

Bila dah dapat mesej yang wang sudah dikreditkan, memang berpusu-pusu lah pelajar ke mesin ATM yang terdapat di dalam kampus. Kebiasaannya, ketika itu pasti kena beratur untuk menggunakan mesin ATM. Apa tidaknya, semua peminjam PTPTN hendak menyemak baki atau keluarkan wang tersebut untuk kelangsungan hidup. Walaupun terpaksa beratur panjang, namun ianya tidak akan mematahkan semangat pelajar memandangkan sudah tahu yang akaun bank miliknya sudah dikreditkan wang pinjaman PTPTN.

Makan Sedap-sedap

Setelah berminggu-minggu menikmati nasi bujang sebagai salah satu makanan wajib bagi seorang pelajar, tibalah masanya untuk menikmati makanan yang lebih enak apabila wang pinjaman PTPTN sudah dikreditkan. Sampaikan ada yang sewa kereta bersama rakan-rakan untuk menikmati makanan di luar kampus.

Berhibur Lepaskan Tekanan

Bukan hanya untuk membeli makanan, namun wang PTPTN tidak terkecuali untuk dibelanjakan bagi tujuan berhibur supaya tekanan belajar boleh dikurangkan. Antaranya ialah pergi bersiar-siar bersama rakan-rakan, tengok wayang dan banyak lagi.

Bayar Yuran Pengajian

Mungkin ini bahagian yang tidak digemari pelajar, namun ianya tetap perlu dilaksanakan kerana amanah yang dipikul sebagai seorang pelajar. Apabila sudah membayar yuran pengajian, baki di dalam bank akan berkurangan dan ketika ini bermula semula fasa-fasa berjimat dan kembali menikmati nasi bujang.

Dapat WPP RM1,500

Bahagian ini pun juga menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. Apa tidaknya, hasil daripada duit inilah digunakan untuk membeli kelengkapan dan peralatan sebagai seorang pelajar. Kebiasaannya, pelajar akan memanfaatkan sejumlah wang ini untuk membeli barangan keperluan diri dan ada juga yang membeli komputer riba yang akan digunakan sepanjang pengajian.

Boleh Bayar Ikut Kemampuan

Apabila sudah tamat pengajian dan telah bekerja, tibalah masanya untuk membayar balik pinjaman yang dibuat sepanjang pengajian. Lebih melegakan, pinjaman PTPTN boleh dibayar mengikut kemampuan peminjam memandangkan ketika ini agak sukar untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap pendidikan.

Lebih menarik lagi pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.

Sebelum ini mulai tahun 2019, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN hanya diberikan kepada peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi kategori kumpulan B40 dan M40 sahaja. Dengan pengumuman YAB Perdana Menteri sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022, insentif ini diperluaskan kepada semua kategori peminjam yang bergraduat bermula tahun 2019 tanpa mengira had pendapatan.

Pemberian insentif ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan dan sebagai dorongan untuk menggalakkan pelajar yang merupakan peminjam PTPTN untuk mencapai pendidikan dengan cemerlang. PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited memastikan agar urusan berkenaan pengecualian bayaran balik pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan para peminjam PTPTN.

Banyak sebenarnya kenangan pelajar bersama PTPTN, tapi jangan salah sangka kerana ianya tidak berhenti setakat itu. Kenangan tersebut boleh terus disambung kerana apabila sudah habis belajar pun boleh have fun dengan PTPTN. Perkara ini adalah sebab sekarang PTPTN sedang menganjurkan Tabung Impian Gameshow yang terbuka untuk semua orang.

Gameshow Tabung Impian

Gameshow Tabung Impian merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh PTPTN bersama rakan strim ERA bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN. Gameshow ini bakal berlangsung pada 8 September 2022, Khamis 9 malam secara siaran langsung di Facebook ERA.

Lebih menarik perhatian apabila hadiah gameshow ini berbentuk wang tunai sehingga RM50,000 dan akan dikreditkan ke akaun Simpanan SSPN para pemenang. Bila difikirkan balik, jumlah wang sebanyak itu boleh digunakan untuk selesaikan bayaran balik pinjaman PTPTN. Kepada pemenang yang tidak mempunyai akaun Simpanan SSPN usah risau sebab pembukaan akaun baru adalah percuma.

Perkara penting untuk korang perlu ambil tahu adalah tarikh penyertaan hanya dibuka dari 1 – 21 Ogos 2022 dan 100 orang peserta akan terpilih untuk menyertai gameshow secara siaran langsung di Facebook yang akan dihoskan oleh Kak Ngah Patin dan penyampai ERA – Radin. Pemilihan peserta berdasarkan kreativiti slogan korang.

Jadi, bagi yang sudah mempunyai niat untuk sertai gameshow ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook ERA Malaysia.

Jadi, jangan lepaskan peluang yang terhidang ini dan memenangi hadiah yang lumayan daripada PTPTN. Mana la tahu menang, boleh selesaikan terus bayaran balik pinjaman PTPTN. Dah kurang satu komitmen.

Jadi tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan dan keluarga untuk sertai peraduan ini. Bagi yang berminat dan inginkan maklumat lanjut, anda boleh layari pautan INI sekarang.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah)

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa