Siakap Keli
Syiling Emas
Kredit Spink & Son/BNPS

Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, Pemburu Logam Temui Syiling Emas Bernilai RM 3.36 Juta

Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, Pemburu Logam Temui Syiling Emas Bernilai RM 3.36 Juta

Seorang lelaki berjaya menemui syiling emas yang jarang ditemui di sebuah ladang di Devon, England menggunakan alat pengesan logam dan berjaya menjualnya pada harga RM 3.36 juta dalam satu acara lelongan.

Michael Leigh- Mallory, meninggalkan aktiviti memburu logam dalam tanah lama dahulu selepas mahu mencari kerja tetap bagi menyara keluarganya, namun mengambil keputusan untuk kembali kepada hobi itu baru-baru ini ‘buat kali terakhir’ atas ajakan anaknya, September tahun lepas.

Ternyata keputusan tersebut telah mengubah hidupnya sekeluarga. Ahli ekologi yang sudahpun bersara berusia 52 tahun itu menemui duit syiling edisi luar biasa dan sangat berharga itu syiling emas tertua England dari abad ke-13.

Syiling emas Henry III berdiameter 0.8 inci itu tertanam kira-kira empat inci di bawah tanah ladang di Hemyock, Devon.

Syiling Emas
Gambar via Spink & Son/BNPS

Dalam satu acara lelongan, duit syiling berkenaan mencatatkan rekod luar biasa apabila dibida pada harga RM 3.36 juta. Leigh dalam pada itu memaklumkan bahawa dia akan berkongsi keuntungan jualan duit syiling itu 50/50 dengan pemilik tanah dimana duit syiling berkenaan ditemui. Kedua-dua pihak masing-masing akan mendapat kira-kira RM 1.68 juta.

Leight turut berkongsi perancangannya apabila mahu menggunakan duit itu untuk membiayai pendidikan anak perempuannya Emily, 13, yang turut menyertai sebuah kelab arkeologi tempatan, dan anak lelakinya, Harry, 10, yang meminati sejarah.

Mengimbas kembali penemuan itu, Leight pada mulanya tidak tahu tentang keunikan syiling berkenaan sehinggalah dia berkongsi gambar duit syiling tersebut Facebook dan berjaya menarik perhatian seorang ahli sejarah.

Syiling berkenaan rupa-rupanya adalah artifak yang sangat berharga dan dipercayai ditempa kira-kira pada tahun 1257 oleh William dari Gloucester dengan emas yang diimport dari Afrika Utara. Dianggarkan sebanyak 52,00 syiling yang memaparkan potret Henry III bersama takhtanya telah ditempa dalam tempoh tersebut.

Kebanyakannya syling berkena telah dileburkan kembali selepas kematian raja tersebut pada tahun 1272. Syiling emas menjadi kurang popular mendangkan nilai yang diwakili syiling tersebut lebih rendah berbanding nilai sebenar emas itu sendiri.

Setakat ini, hanya lapan keping syiling berkenaan yang berjaya ditemui dan sebahagian besarnya disimpan di muzium.

Sumber: Mirror

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka