Siakap Keli
Ayla EV
Kredit Kompas.com

Daihatsu Perkenal Ayla EV, ‘Kembar’ Perodua Axia Versi Kereta Elektrik Di Indonesia

Daihatsu Perkenal Ayla EV, ‘Kembar’ Perodua Axia Versi Kereta Elektrik Di Indonesia

Bersempena dengan  acara pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022, Daihatsu mengambil peluang tersebut dengan memperlihatkan sebuah kereta konsep kompak berkuasa elektrik, Daihatsu Ayla EV.

Untuk makluman, di Indonesia, Daihatsu Ayla merupakan salah sebuah kereta yang dikategorikan sebagai Low Cost Green Car (LSGC) dan ia turut menjadi asas kepada sebuah model yang dijual di pasaran Malaysia, Perodua Axia.

Masih menggunakan platform asal, pihak pengeluar telah membuat pengubahsuaian apabila menggantikan unit enjin serta tangki bahan api dengan memasang trenkuasa motor elektrik berkuasa 80.5 kuasa kuda serta bateri berkapasiti 32 kWh.

Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Republik Indonesia Airlangga Hartarto turut meluangkan masa singgah ke ruangan Daihatsu di GIIAS 2022 untuk melihat Ayla EV. Pada pameran automatif ini, PT Astra Daihatsu Motor (ADM) mempamerkan dua buah kenderaan elektrik. Salah satunya ialah kereta elektrik Ayla EV.

Mengambil kira pelbagai model dan segmen kenderaan yang dijualnya di pasaran, Daihatsu sebenarnya lebih menggemari Ayla untuk dijadikan kenderaan elektrik. Tidak seperti pengeluar lain yang memilih kereta dalam kelas pertengahan atau premium.

Ayla sendiri merupakan kereta dalam segmen kenderaan empat roda yang jimat tenaga dan mampu milik (KBH2).

Memandangkan Ayla mempunyai kembarnya iaitu Toyota Ayga untuk pasaran Indonesia, mereka juga tidak menolak kemungkinan untuk menghasil Agya EV sekiranya Ayla EV berjaya dikeluarkan secara besar-besaran dan mendapat permintaan tinggi pembeli.

BACA: Tetamu Terkejut Besar, Pengantin Lelaki Tayang Video Curang Bakal Isteri Dengan Abang Ipar Di Skrin Besar Masa Sanding

Sumber: Kompas.Com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka