Siakap Keli

Angkasawan Terapung Bebas Tanpa Ikatan Tali, Gambar Angkasa Lepas Paling Menakutkan Pernah Diambil

Angkasawan Terapung Bebas Tanpa Ikatan Tali, Gambar Angkasa Lepas Paling Menakutkan Pernah Diambil

National Aeronautics and Sape Administration (NASA) telah memuat naik satu gambar yang unik di media sosialnya. Gambar angkasawan Bruce McCandless II yang diambil hampir empat dekad lalu, Februari 1984, telah mencuri perhatian orang awam selepas angkasawan itu dilihat terapung sepenuhnya tanpa sebarang tali keselamatan.

Gambar berkenaan dikatakan diambil ketika angkasawan keluar dari kapal angkasa Challenge untuk berlatih dalam misi pembaikan satelit.

Ia dianggap sebagai peristiwa besar dan bersejarah memandangkan itulah kali pertama manusia terapung secara bebas di ruang angkasa tanpa berhubung dengan mana-mana kapal angkasa.

Ketika itu, Bruce terapung kira-kira 170 batu (273.5 kilometer) dari permukaan Bumi dan hanya bergantung kepada Manned Manuevering Unit semata-mata untuk mengawal pergerakkan.

BACA: Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’

Gambar yang menakjubkan itu telah dikongsi di halaman Twitter oleh satu akaun berkenaan dunia sains popular, Curiosity.

Turut dimuat naik bersama gambar berkenaan adalah kapsyen yang tertera ”Mungkin ini gambar angkasa yang paling menakutkan pernah diambil. Angkasawan Bruce McCandless II terapung sepenuhnya tidak bertali, jauh pesawat ulang-alik tanpa apa-apa selain unit Manuver nya. Orang pertama dalam sejarah yang berbuat demikian,”.

Netizen memberikan komen berkenaan perkongsian tersebut di dalam Twitter. Gambar itu juga telah menarik perhatian pengguna media sosial dan ada juga yang berkongsi gambar tersebut di akaun media sosial mereka.

Sumber: Curiosity News18 , NASA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka