Siakap Keli
Foto UFO 'Paling Jelas' Didedahkan Pada Umum
Gambar via Mirror UK

Foto UFO ‘Paling Jelas’ Didedahkan Pada Umum Selepas 30 Tahun Dilapor Hilang

Foto UFO ‘Paling Jelas’ Didedahkan Pada Umum Selepas 30 Tahun Dilapor Hilang

ENGLAND – Gambar UFO (Unidentified Flying Object) paling jelas setakat ini di dunia akhirnya dikeluarkan untuk tatapan umum, lapor Daily Star.

Gambar kejadian tersebut telah diambil oleh dua orang pejalan kaki di Tanah Tinggi Scotland lebih 30 tahun yang lalu dan telah dianggap hilang namun akhirnya berjaya ditemui semula dan menjadi salah satu gambar paling berharga untuk disimpan.

Gambar tersebut dipanggil dengan nama “Calvine Photograph” jelas menunjukkan objek besar berbentuk seperti berlian di atas langit dan kelihatan juga seperti sebuah jet Harrier jika dilihat dari jauh.

Menurut laporan, gambar tersebut juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai imej UFO ‘terbaik dunia’ dan ia juga telah ditemui selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh ahli akademik dan wartawan iaitu Dr David Clarke.

Difahamkan, terdapat lima foto UFO telah dirakam pada 4 Ogos tahun 1990 yang lalu oleh dua pejalan kaki di lereng bukit berhampiran Calvine, kira-kira 35 batu barat laut Perth di Scotland.

Gambar-gambar tersebut diketahui telah diserahkan kepada akhbar Daily Record Scotland yang kemudiannya mereka bertindak menyerahkannya kepada pihak Kementerian Pertahanan (MoD).

Atas sebab yang tidak dapat diketahui, cerita mengenai gambar UFO itu tidak pernah diterbitkan dan tiada lagi yang dapat didengari daripada pihak MoD.

Hal ini membawa kepada mitos moden “Calvine Photograph” iaitu sebuah imej yang tidak pernah dilihat oleh orang ramai sehingga kini.

Pada masa itu, pejalan kaki yang identitinya tidak diketahui berkata, mereka melihat objek logam itu kira-kira 100 kaki panjang sedang berlegar-legar dengan paras rendah selama kira-kira 10 minit dan kemudiannya mereka melihat sebuah jet pejuang melintas dari jauh.

Objek itu kemudiannya dikatakan telah menjulang ke langit dengan cepat sebelum lenyap dari pandangan.

Menurut laporan The Sun pula, Dr Clarke, yang pernah bekerja sebagai kurator untuk projek fail UFO MoD di Arkib Negara serta merupakan seorang profesor madya dari Universiti Sheffield Hallam telah berjaya menemui semula foto itu selepas menghubungi bekas pegawai akhbar RAF Craig Lindsay.

Encik Lindsay telah menyimpan salinan gambar asal kerana beliau adalah orang yang menjadi penghubung antara akhbar dan MoD apabila cerita asal itu diteliti pada tahun 1990 lalu.

The Calvine photo

Dia juga masih mempunyai sampul surat asal dari Rekod Harian dan di dalamnya terdapat salah satu gambar Calvine.

Encik Lindsay bersetuju untuk menyerahkannya kepada Dr Clarke dan Vinnie Adams dan gambar itu kini telah difailkan dalam arkib di Universiti Sheffield Hallam.

Beliau juga menggesa, sesiapa yang mempunyai sebarag maklumat mengenai identiti pejalan kaki itu untuk tampil ke hadapan.

Nick Pope, yang menyiasat UFO untuk MoD pada 1990-an, menulis tentang foto itu di dalam buku Open Skies, Closed Minds pada 1996 dan berkata ia pernah berada di dinding ‘pejabat UFO’ di MoD.

Dia mendakwa pihak United Kingdom bertanya kepada Amerika Syarikat sama ada benarkah gambar itu adalah sebuah pesawat eksperimen. Imej itu kemudiannya telah dikeluarkan dari dinding dan tidak dilihat lagi.

Atas sebab yang tidak diketahui, pihak MoD mengekalkan kes tentang penampakan itu dan diklasifikasikan sehingga tahun 2072.

Walaupun mempunyai banyak misteri menyelubungi imej itu, ada juga yang percaya sama seperti yang disyaki oleh MoD, pesawat tersebut mungkin merupakan sebuah eksperimen Amerika atau mungkin juga merupakan Aurora.

Sumber: Mirror UK

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani