Siakap Keli
Bakal Isteri 'Lesap' Bawa Lari RM27k
Gambar: ScoopWhoop

Lelaki Terpaksa Berputih Mata, Bakal Isteri ‘Lesap’ Bawa Lari RM27k Sehari Selepas Bertunang

Lelaki Terpaksa Berputih Mata, Bakal Isteri ‘Lesap’ Bawa Lari RM27k Sehari Selepas Bertunang

LONDON – Seorang bakal pengantin lelaki terkejut selepas tunangnya meninggalkan dia sendirian di Lapangan Terbang Heathrow sebelum berlepas dengan semua bagasi dan wang tunai bernilai £5,000 (RM27,000).

Memetik laporan Times Now, kejadian malang itu berlaku sehari selepas mereka berdua melangsungkan pertunangan.

Pasangan berumur 40 tahun itu dilaporkan baru sahaja berkenalan sebelum membuat keputusan terbang ke Rom untuk mengikat tali pertunangan.

Insiden tersebut terjadi sewaktu mereka berdua berada di Lapangan Terbang Heathrow sebelum meneruskan perjalanan menuju Itali.

Bakal pengantin perempuan dikatakan tiba-tiba menghilangkan diri bersama semua barang milik tunangnya ketika lelaki itu pergi ke tandas.

Ekoran itu, lelaki tersebut telah menghubungi polis dan melaporkan barang-barangnya termasuk £5,000  (RM27,000) yang dihadiahkan untuk wanita itu telah hilang.

“Lelaki itu telah melamarnya sehari lebih awal dan dia telah menerimanya. Mereka merancang untuk berkahwin di Rom dan akan terbang ke sana.

“Namun dia telah menghilangkan diri bersama barang-barang mereka ketika lelaki itu pergi ke tandas,” ujar saksi.

Laporan mengatakan siasatan polis sedang dijalankan namun masih belum menentukan sama ada wanita terbabit telah keluar dari kawasan lapangan terbang atau menaiki penerbangan dengan wang yang dicuri.

Menurut laporan, kejadian sama pernah berlaku di India pada tahun 2021 di mana pengantin perempuan terpaksa mengikat tali pertunangan dengan salah satu tetamu selepas pasangannya hilang secara misteri.

Sumber: Times Now

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin