Siakap Keli
pengunjung ikea china merusuh
Keratan artikel terdahulu

Pengunjung IKEA Merusuh Keluar Semasa Percubaan ‘Lockdown’ Di Shanghai

Terdapat satu suasana huru hara berlaku di IKEA Shanghai, China pada Sabtu (13 Ogos) ketika pihak berkuasa cuba untuk menutup pusat beli belah tersebut. Perkara ini disebabkan salah seorang daripada pengunjung pusat berkenaan merupakan kontak rapat bagi wabak COVID-19.

Terdapat beberapa video yang tular di media sosial China telah menunjukkan pengunjung tempat tersebut telah menolak pengawai keselamatan dan melarikan diri ke luar tempat tersebut. Pengunjung menjadi panik selepas satu pengumuman pada sistem siar raya yang mengatakan pusat beli belah itu akan ditutup sementara waktu untuk proses saringan COVID-19.

Kredit: Weibo

Pada masa itu, kelihatan para pengawal keselamatan sedang menutup semua pintu bagi menghalang orang ramai keluar daripada pusat beli-belah tersebut. Akan tetapi, kudrat yang dimiliki oleh mereka tidak mampu untuk menghalang rusuhan daripada para pengunjung yang kelihatan sangat terdesak untuk keluar dari tempat tersebut.

Pihak perkhidmatan pelanggan IKEA memberi kenyataan pada hari Ahad bahawa pusat beli belah tersebut ditutup untuk menyekat peyebaran wabak COVID-19. Menurut pihak, pihak IKEA tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan ulasan dengan dengan lebih lanjut.

Menurt Bloomberg, pegawai kesihatan Shanghai memberitahu bahawa mereka yang mengujungi pusat beli-belah tersebut telah dikenakan “langkah kawalan sementara”. Perkara ini dilakukan selepas pihak tersebut dapat mengenal pasti seorang kontak rapat bagi seorang penghidap COVID-19 tanpa gejala yang didapati telah melawat tempat tersebut.

Mereka tidak memberitahu mengenai bila kontak rapat itu berada di dalam pusat beli belah tersebut. Semua orang yang mengunjungi pusat IKEA tersebut dan beberapa kawasan yang lain perlu menjalani kuarantin selama dua hari sebelum tempoh pengawasan kesihatan yang akan berlangsung selama lima hari, lapor Bloomberg berdasarkan penerangan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Mr Zhao Dandan pada Sabtu lepas.

Sebelum ini, terdapat satu kejadian yang serupa berlaku di Shanghai pernah dilaporkan dalam Siakap Keli.  Hal ini disebabkan kedegilan penduduk yang tidak mahu menjalankan proses kuarantin dan menyebabkan satu kawasan terpaksa ‘dihukum’ dengan perintah berkurung.

Keratan artikel terdahulu

BACA JUGA: Shanghai Laksana Lockdown, Penduduk Degil’ Tak Mahu Kuarantin Terpaksa ‘Dihukum’

Sumber: Channel News Asia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma