Siakap Keli
anjing Pudel Terperangkap 500 Kaki Bawah Tanah
Gambar: flipboard

Dua Bulan Menghilang, Anjing Pudel Terperangkap 500 Kaki Bawah Tanah Berjaya Diselamatkan

Dua Bulan Menghilang, Anjing Pudel Terperangkap 500 Kaki Bawah Tanah Berjaya Diselamatkan

Seekor anjing pudel German yang terperangkap sedalam 500 kaki bawah tanah selama dua bulan telah berjaya diselamatkan oleh sekumpulan peneroka gua, lapor Daily Mail.

Anjing tersebut dilapor telah dikembalikan kepada pemiliknya.

Pemilik anjing, Jeff Bohnert menyatakan bahawa dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan anjing kacukannya, Abby, 13 yang telah hilang pada 9 Jun lalu.

Anjing pudel itu telah ditemukan oleh peneroka berpengalaman iaitu Gerry Keene dan Rick Haley di perut gua Tom Moore selatan St Louis.

Abby kelihatan kurus, berlumuran kotoran dan meringkuk di atas lantai berlumpur ketika ditemui.

“Dia sangat lemah sehingga tidak berdaya untuk mengibas ekornya.

“Anjing biasanya hanya boleh bertahan beberapa hari tanpa makanan dan air, tetapi nasib baik terdapat air yang mencukupi di dalam gua,” kata Haley kepada MailOnline.

Tambahnya lagi, dia tidak pasti mengenai sumber makanan anjing itu untuk bertahan.

Selepas memberikan bantuan segera dan beg sandang yang selesa untuk berehat, Keene dan ketua bomba Rob Cahoon mula mengetuk pintu di kawasan kejiranan untuk mengesan pemiliknya.

Berbekalkan gambar Abby di telefon mereka, jiran akhirnya mengenalinya dan mengarahkan penyelamat ke Bohnert. 

Haley berkata Abby bernasib baik kerana tidak lemas dalam laluan gua yang menegak dan sangat sempit serta sering dipenuhi air.

“Kadang-kadang, terdapat terlalu banyak air kerana berlakunya hujan lebat dalam tempoh masa dia berada di sana,” tambah Haley.

Menurut pemilik, Abby beransur pulih dan kembali seperti dirinya dahulu.

Dia juga telah pulang ke rumah selepas menerima rawatan daripada doktor haiwan. 

“Abby sebolehnya mencuba untuk kekal selesa kerana selama dua bulan dia berdepan detik sukar,” ujar Haley.

“Selepas mereka menyerahkan sebatang daging lembu kepadanya, Abby kelihatan bersedia untuk pergi ke pengembaraan lain,” tambah Keene.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin