Siakap Keli
Lelaki Terima Padah Sarung Cincin Pada Kemaluan
Gambar via Jabar iNews

Membengkak Hingga Sukar Kencing, Lelaki Terima Padah Sarung Cincin Pada Kemaluan

Membengkak Hingga Sukar Kencing, Lelaki Terima Padah Sarung Cincin Pada Kemaluan

INDONESIA – Akibat menyarungkan cincin di kemaluan, seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk membuangnya selepas kemaluannya membengkak hingga sukar untuk membuang air kecil, lapor Jabar News.

Lelaki yang berusia 55 tahun itu dilaporkan melakukan perbuatan tersebut tanpa sebab sehingga memberi kesan buruk pada dirinya sendiri.

Disebabkan berasa kesakitan dan sukar untuk ditanggalkan, akhirnya dia mengalah dan terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Selepas 10 minit, anggota bomba akhirnya berjaya menanggalkan cincin tersebut pada kemaluan mangsa.

Video yang memaparkan rakaman proses melepaskan cincin itu dari kemaluannya lantas menjadi tular selepas dikongsikan di media sosial.

Sudrajat, selaku Ketua Balai Penyelamat dan Pemadam Kebakaran Unit Polis Awam di Kota Sukabumi berkata, lelaki tersebut merupakan warga Daerah Baros, Kota Sukabumi.

Petugas bomba perlu menyelamatkannya dengan mengeluarkan atau mengosongkan cincin tersebut dari kemaluan mangsa pada Ahad 14 Ogos lalu.

“Cincin itu disyaki dimasukkan secara paksa menggunakan sabun sehingga di hujung kemaluannya. Selepas dua minggu berlalu, lelaki itu baru berasa sakit,” kata beliau.

Beliau turut memberitahu, selepas diperiksa keluarga, kemaluan lelaki itu telah membengkak dan sukar untuk membuang air kecil.

Kemudian keluarga mangsa membawanya ke hospital namun pihak hospital menasihatkannya ke hospital besar di luar Kota Sukabumi.

“Akhirnya ada orang memberitahu keluarga lelaki itu untuk meminta bantuan bomba. Selepas menerima laporan, bomba telah datang ke rumahnya dan memberi bantuan kepada lelaki itu,” jelas beliau.

Pihak bomba menggunakan mesin pemotong mini. Pemotongan cincin itu dilakukan bermula jam 6.30 petang (waktu tempatan) dan cincin yang melekat pada kemaluannya berjaya ditanggalkan 10 minit kemudian.

“Kaedah yang digunakan untuk menanggalkan cincin yang melekat pada kemaluan lelaki itu ialah dengan memotong cincin itu supaya mudah untuk ditanggalkan,” jelas beliau.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa mencederakan lelaki itu,” jelas beliau lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: Jabar iNews

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani