Siakap Keli
Penyanyi Malaysia Maut
Gambar : Borneo Post

Penyanyi Malaysia Maut, Terjatuh Di Stesen MRT Taiwan

Penyanyi Malaysia Maut, Terjatuh Di Stesen MRT Taiwan

TAIPEI -Eison Chai, 40 penyanyi Malaysia yang menetap di Taiwan, dilapor maut selepas terjatuh dari bangunan stesen MRT Luzhou, New Taipei pagi tadi.

Polis New Taipei menyatakan bahawa Chai dipercayai terjatuh berhampiran pintu keluar stesen MRT Luzhou pada 10 pagi ini.

Pihak polis menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan, namun tiada maklumat lanjut yang dapat dikongsikan.

Mendiang Chai merupakan pemenang pertandingan nyanyian Super Idol Taiwan Musim kedua pada tahun 2008.

Penyanyi itu telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Taiwan, Hitomi Wu.

Sumber : Utusan Malaysia

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa