Siakap Keli
tiga lelaki dan wanita dicekup bersama
Gambar: Sinar Harian

Tiga Lelaki & Remaja Perempuan 15 Tahun Dicekup Bersama, Turut Ditemui Kondom Dalam Tong Sampah

Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dicekup bersama dalam satu operasi di sebuah bilik motel di Sungai Petani awal pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Malah hasil pemeriksaan lanjut anggota penguatkuasa agama di sekitar bilik itu turut menemui kondom yang disyaki telah digunakan yang dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail, remaja perempuan terbabit dijumpai bersama tiga lelaki berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun dalam serbuan pada jam 1 pagi itu.

Tidak hanya golongan muda sahaja yang dicekup, malah lelaki warga emas yang boleh dianggap berpangkat ‘atuk’ juga turut sama ditahan dalam serbuan itu.

“Operasi yang dilaksanakan 15 anggota terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dengan bantuan Skuad Badar itu kemudian menahan seorang lelaki berusia 60 tahun bersama wanita berstatus ibu tunggal berusia 45 tahun dalam serbuan berasingan.

“Bagi mengelak perbuatan mereka diketahui ahli keluarga, lelaki terbabit sanggup menghubungi besan manakala wanita itu pula menghubungi anak perempuan bagi urusan jaminan.” maklumnya, memetik Sinar Harian.

Gambar: Sinar Harian

Menurut Sinar Harian, seramai 10 individu berusia 15 hingga 60 tahun telah ditahan dalam operasi tersebut yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin.

Difahamkan, kesemua individu terbabit dibawa ke Balai Polis Sungai Petani untuk laporan serbuan serta waris turut dipanggil hadir bagi tindakan lanjut.

Individu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 iaitu khalwat yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat aktiviti mencurigakan atau maksiat, boleh hubungi imam kariah atau terus ke pejabat agama bagi membanteras perbuatan itu,” jelas Mohd Noor menerusi Sinar Harian.

Dicekup khalwat dengan duda

Keratan laporan terdahulu

Imbas kembali laporan terdahulu, turut pernah berlaku kes khalwat hampir serupa dalam satu kejadian di Kelantan seperti yang pernah dilaporkan Sinar Harian kira-kira dua bulan lalu.

Memetik laporan terdahulu, seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap sedang berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus duda di sebuah hotel bajet di Kota Bharu.

Pasangan itu yang masing-masing berumur 56 dan 65 tahun dicekup pada jam 11.30 malam oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain ketika itu berkata, pasangan berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar tersebut sebelum ditahan.

“Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian ketika itu.

Menurutnya, wanita terbabit pula mendakwa ingin menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu.

Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?