Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Disangka Sudah Meninggal Dunia, Remaja 15 Tahun 'Bangkit' Dari Keranda

Remaja Bangkit Dari Keranda
Kredit: AlertaMundoNews

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengejutkan ahli keluarga apabila tiba-tiba tersedar di dalam keranda ketika upacara penghormatan terakhirnya di Guatemala.

Remaja dikenali sebagai Yuleidy Ixcotoyac itu sebelum ini disangka meninggal dunia oleh bapanya, Abraham Ixcotoyac, selepas dia tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan.

Lebih mengejutkan, kejadian itu disedari selepas kira-kira lapan jam upacara penghormatan terakhir berlangsung di kampung El Jocote, wilayah Quiché.

Menurut bapa Yuleidy, Abraham, anaknya mula berasa tidak sihat pada awal pagi sebelum dia mengambil keputusan menghantarnya ke hospital.

Bagaimanapun, Yuleidy dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mereka masih dalam perjalanan menggunakan kereta menuju ke pusat rawatan.

“Dia keluar dari rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya sedang membawanya ke hospital,” katanya ketika ditemu bual stesen penyiaran TVS.

Katanya, keadaan Yuliedy menimbulkan kebimbangan apabila mereka menghampiri kawasan perbandaran San Pedro Jocopilas.

Dia mendakwa Yuleidy ketika itu tidak lagi bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi, menyebabkan dirinya percaya anaknya sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Abraham menjelaskan bahawa anaknya tidak sempat dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan perubatan sebelum kejadian seterusnya berlaku.

Selepas menyangka anaknya sudah meninggal dunia, Abraham menghubungi sebuah syarikat pengurusan pengebumian untuk mendapatkan keranda sebelum membawa Yuleidy pulang ke rumah.

Upacara penghormatan terakhir kemudian diadakan di kediaman mereka, dengan ahli keluarga serta penduduk setempat berkumpul untuk memberikan penghormatan kepada remaja berkenaan.

Disangka Sudah Meninggal Dunia, Remaja Bangkit Dari Keranda

Namun, suasana pilu itu bertukar kecoh apabila individu yang berada di situ menyedari terdapat pergerakan dari dalam keranda.

Mereka segera mendapatkan bantuan selepas menyedari Yuleidy masih bergerak, sekali gus mencetuskan kejutan dalam kalangan ahli keluarga yang menyangka dia sudah tiada.

Selepas kejadian itu, keluarga berkenaan dilaporkan bertukar daripada kesedihan kepada kegembiraan apabila mengetahui Yuleidy masih hidup.

Yuleidy juga dilaporkan sedar dan sedang menjalani proses pemulihan selepas kejadian berkenaan.

Intipati
  • Yuleidy Ixcotoyac disangka meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam perjalanan ke hospital.
  • Bapanya mendakwa Yuleidy tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi ketika itu.
  • Keluarga menyedari Yuleidy masih bergerak dalam keranda selepas upacara berlangsung kira-kira lapan jam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan