Siakap Keli
5 Tahun Masih Belum Siap
Gambar via The Thaiger

Berang Lima Tahun Tunggu, Penduduk Kampung Turun Protes Bawa Sepanduk “Jalan Tak Siap-siap”

Berang Lima Tahun Tunggu, Penduduk Kampung Turun Protes Bawa Sepanduk “Jalan Tak Siap-siap”

Seramai lebih kurang 1,000 penduduk di Thailand berkumpul di Jalan Pluak Daeng-Bor Win daerah Rayong bagi membantah projek jalan raya yang masih belum disiapkan selepas lima tahun hingga menjadi punca 10 kemalangan maut. 

Pada Ahad lalu, wakil rakyat tempatan, Chairat Ngentuam mengadakan bantahan di kawasan projek tersebut bersama penduduk yang terjejas akibat Jalan Menang Pluak Daeng-Bor. 

Memetik The Thaiger, mereka berkumpul dengan membawa beberapa sepanduk dengan tulisan berbunyi “3 Kematian Akibat Kecuaian”, “Jalan Musnahkan Paru-Paru”, “Jalan Tak Siap, Siap,”  dan “Kami Kehilangan Kedai Kami”. 

Selain itu, projek jalan raya tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk dan banyak kedai serta restoran yang berada di sepanjang jalan terpaksa ditutup. 

Dalam pada itu, Pengarah Biro Pembinaan Jalan Jabatan Jalan Luar Bandar, Yongyut Paeengmueng berkata, projek tersebut ditangguhkan kerana paip air utiliti awam yang lama disamping tiang elektrik yang menghalang kerja-kerja pembinaan. 

Menurutnya lagi, masalah tersebut baru sahaja berjaya diselesaikan pada bulan Oktober tahun lepas. Malah, dia turut menyalahkan pandemik Covid-19 sebagai punca projek itu tertangguh. 

Menurut laporan media, projek jalan tersebut bertujuan untuk memanjangkan lagi jalan sepanjang 16.46 kilometer daripada dua lorong kepada empat lorong. 

BACA: Pekerja Kebun Sayur Maut, Dipercayai Bergaduh Di Kebun Sayur

Sumber: The Thaiger

Faiz Mustafa