Siakap Keli
Detik Gajah Betina Bersalin Tular
Gambar: @TansuYegen

Seakan Menjerit Kesakitan, Detik Gajah Betina Bersalin Tular

Seakan Menjerit Kesakitan, Detik Gajah Betina Bersalin Tular

Gajah merupakan haiwan yang mempunyai tempoh kehamilan sehingga dua tahun dan merupakan tempoh kandungan paling lama bagi spesis haiwan darat.

Gajah betina tidak akan melahirkan lebih daripada empat anak sepanjang hayatnya.

Proses kelahiran sememangnya merupakan satu proses yang menyakitkan dan dianggap sebagai sebuah keajaiban teristimewa dalam kehidupan.

Perkara ini dapat dilihat melalui sebuah video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan seekor ibu gajah yang sedang kesakitan untuk melahirkan anaknya di sebuah Pusat Konservasi Gajah.

Ibu gajah turut dibantu seorang lelaki sepanjang proses melahirkan.

Ibu gajah kelihatan menahan kesakitan dan mengeluarkan bunyi seakan mengerang kesakitan untuk melahirkan anaknya.

Selepas berjaya dilahirkan, tiga orang pekerja mengeluarkan anak gajah dari selaput dan mengalihkan anak gajah tersebut di atas kain.

Videeo yang berdurasi 1.06 minit tersebut telah ditonton oleh lebih 1.2 juta pengguna Twitter  dan mendapat 40 ribu tanda suka.

Sumber: TansuYegen via TikTok

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa