Siakap Keli
Ayam Berkokok 200 Kali Sehari
Gambar: Dim Mbapila Jr.

Tak Tahan Terpaksa Dengar Ayam Berkokok 200 Kali Sehari, Warga Emas Nekad Saman Jiran

Tak Tahan Terpaksa Dengar Ayam Berkokok 200 Kali Sehari, Warga Emas Nekad Saman Jiran

BERLIN – Sepasang suami isteri warga emas telah bertindak memfailkan kes di mahkamah terhadap jiran mereka kerana tidak tahan terpaksa mendengar kokokan ayam jantan peliharaan jirannya kira-kira 200 kali sehari sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berehat.

Pasangan suami isteri itu mendakwa bahawa mereka sudah lama tidak dapat berehat hanya kerana Magda, ayam jantan jiran mereka.

Ayam itu akan mula berkokok sekitar 8 pagi setiap hari tanpa henti sehingga waktu senja apabila pemiliknya mengurung semua ayam-ayamnya.

Selepas beberapa tahun mereka cuba berunding dengan jiran mereka, pasangan tersebut membuat keputusan untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

“Jiran kami enggan melepaskan ayam jantannya dan kami mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan kehidupan seperti itu atau menang dalam perbicaraan di mahkamah,” kata pasangan tersebut kepada pemberita.

“Kami tidak boleh menggunakan kawasan taman dan tidak  boleh membuka tingkap. Kami sudah tidak tahan lagi,” tambah mereka.

Pasangan tersebut telah merakam bunyi kokokan haiwan itu setiap hari sebagai bukti di mahkamah.

Tindakan undang-undang merupakan satu-satunya pilihan yang mereka ada selepas gagal berbincang dengan pemilik Magda.

Pemilik ayam tersebut memberitahu pemberita bahawa ayam jantan itu merupakan ketua kepada kumpulan ayamnya kerana dia menjaga ketenteraman di kalangan burung-burung lain.

“Ayam-ayam memerlukan ayam jantan, jika tidak mereka akan mematuk antara satu sama lain,” katanya.

Hakim Mahkamah Daerah Lemgio bersedia untuk mendengar kes ini tidak lama lagi dan akan memutuskan nasib Magda.

Menariknya, ini bukan kali pertama kes kokokan ayam dibawa ke mahkamah. Pada tahun 2019, Maurice si ayam jantan telah menjadi tajuk utama berita antarabangsa selepas kokokannya mencetuskan pertikaian undang-undang kontroversi antara jiran di Perancis.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa