Siakap Keli
wanita letak jawatan
Gambar: Ekrut/Weddingwire

Wanita Nekad Letak Jawatan, Kecewa Rakan Sekerja Tak Hadir Kenduri Kahwin

Wanita Nekad Letak Jawatan, Kecewa Rakan Sekerja Tak Hadir Kenduri Kahwin

Seorang wanita di China didakwa telah meletak jawatan kerana kecewa selepas rakan sekerjanya tidak menghadiri majlis perkahwinannya.

Memetik laporan Oddity Central, hanya seorang daripada 70 rakan sekerjanya yang hadir ke majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Wanita tersebut dilaporkan telah meluahkan perasaan kecewa menerusi satu perkongsian di media sosial.

Dakwanya, dia merasakan seperti dimalukan oleh rakan sekerjanya pada hari paling bahagia dalam hidupnya.

Kerana sudah bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun, dia merasakan bahawa dia mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan mendakwa telah menghadiri satu pertiga daripada majlis perkahwinan mereka sebelum ini.

Justeru, apabila dia memutuskan untuk berkahwin, dia yakin bahawa kebanyakan dari mereka akan turut mahu menghadiri majlisnya dan menjemput mereka semua kerana tidak mahu mereka rasa tersisih.

Dia juga mendakwa telah menyediakan enam meja khas untuk semua rakan sekerjanya itu.

Wanita itu juga berkata dia merasa malu di hadapan para tetamu terutama keluarga suaminya sehingga dia terpaksa menundukkan kepalanya sepanjang majlis.

Selepas majlis perkahwinan tersebut, wanita itu dipercayai meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak boleh bekerja dengan orang-orang yang telah memalukannya.

Perkongsiannya itu telah menjadi tular di China dan kebanyakan netizen bersetuju dengan tindakannya yang meletakkan jawatan.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyalahkannya kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi.

BACA: Majlis Perkahwinan Sepasang Kucing Tular, Siap Ada Saksi Dan Kad Jemputan lagi

Sumber: Oddity Central

Sofea

There's always another side to every story