Siakap Keli

Cara Pantas Untuk Menjadi Lagenda E-Sukan

Masih belum terlambat untuk mengejar impian menjadi atlet e-sukan, sama ada anda seorang pelajar kolej atau pekerja sepenuh masa

Gaming kompetitif, atau lebih dikenali sebagai “e-sukan” merupakan sektor yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Sama seperti sukan tradisional seperti bola sepak atau badminton, semangat daya saing yang membara di kalangan pemain untuk menjadi yang terbaik di arena sukan ini jelas terlihat.

Apa yang dahulunya bermula sebagai aktiviti yang dilakukan di keselesaan bilik sendiri, e-sukan kini berkembang menjadi industri yang mengaut keuntungan mencecah berbilion-bilion yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga sebagai peluang perniagaan baharu bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan sektor ini.

Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat perubahan yang jelas dalam keputusan orang ramai untuk menjadikan hobi sebagai kerjaya. Mereka yang berani telah lama mengikuti impian masing-masing untuk mencari rezeki dengan melakukan apa yang mereka minat. Gamer terkenal seperti Soloz dan sifu Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Dato’ M Nasir ialah bukti yang arena e-sukan mendatangkan kemungkinan yang tidak terhingga bagi mereka yang berani mengejar impian.

Anda mungkin seorang pelajar sepenuh masa yang masih belum selesai dengan pengajian atau seorang pekerja sepenuh masa di sesebuah syarikat, namun ia masih belum terlambat untuk anda mengejar cita-cita untuk menjadi pemain e-sukan. Untuk meraih kejayaan dalam arena ini, anda perlu menguasai beberapa langkah penting untuk menjadi yang terbaik.

Pilih Platform Anda

Ini adalah langkah pertama untuk mengetahui sama ada anda ingin menjadi pemain e-sukan yang berdaya saing di platform mudah alih, desktop atau konsol. Apabila anda ingin memilih platform yang hendak digunakan, perlu diingat bahawa terdapat pelbagai pilihan permainan, genre dan komuniti untuk dipertimbangkan dan disertai. Anda juga tidak boleh memandang rendah sesuatu platform berbanding yang lain kerana setiap pilihan mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. 

E-sukan mudah alih tidak memerlukan komitmen kewangan pendahuluan yang besar dengan permainan yang boleh dimuat turun secara mudah melalui kedai aplikasi di seluruh dunia. Imej oleh MD Aizat.

Bagi mereka yang ingin menjadi atlet e-sukan mudah alih, mereka boleh bermula dengan Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile), MLBB dan Clash Royale – yang kesemuanya menampilkan daya saing tanpa memerlukan komitmen kewangan yang tinggi pada awal permainan.

Permainan yang disebutkan ini boleh dimuat turun melalui aplikasi di seluruh dunia seperti HUAWEI AppGallery yang membolehkan pemain memuat turun permainan dengan mudah sambil menguji kebolehan mereka dalam arena e-sukan menggunakan keluaran terbaharu HUAWEI iaitu HUAWEI nova Y90. Peranti ini jelas berbeza daripada peranti peringkat permulaan yang lain kerana ia dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas 40W dan paparan FullView tanpa sisi 6.7 inci – menawarkan pengalaman permainan yang paling ideal untuk pemain e-sukan yang baru bermula.

Pilih Permainan Anda

Terdapat dua aliran pemikiran semasa memilih permainan yang sesuai untuk anda: pilih permainan yang akan menjadi popular, atau permainan yang sudah terkenal dan telah pun dimainkan secara meluas.

Apabila memilih permainan untuk permainan tahap profesional, ia lebih baik untuk memilih permainan yang sudah terkenal di arena e-sukan – League of Legend: Wild Rift, Free Fire dan Call of Duty: Mobile adalah pilihan e-sukan yang mempunyai ramai peminat setia dan boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan hasil pertandingan yang ditaja sepanjang tahun.

Sebaliknya, sebagai pemain baharu, ia mungkin lebih susah untuk mengambil bahagian dalam komuniti yang sudah lama bergiat dalam arena ini kerana mereka telah lama menubuhkan pasukan dan pangkalan peminat mereka yang mungkin tidak mampu menyambut pemain baharu.

Manakala dengan permainan yang baharu, pemain boleh menyumbang kepada pembangunan permainan dengan meneroka dan memajukan peringkat meta, yang biasanya lebih dinamik dan sesuai untuk pelbagai gaya permainan.

Sebagai contoh, pemain asal permainan popular seperti Rocket League dan Player Unknown Battlegrounds telah pun meningkat ke tempat teratas dalam arena e-esukan. Namun begitu, suasana persaingan sesuatu permainan boleh hambar akibat kekurangan minat dan kemas kini pembangunan permainan yang bertujuan untuk mencabar kebolehan para pemain. Situasi seperti ini akan memaksa mereka yang pada mulanya minat akan permainan tersebut untuk mencari pilihan lain.

Apabila memilih permainan untuk permainan tahap profesional, ia lebih baik untuk memilih permainan yang sudah terkenal di arena e-sukan. Imej oleh MD Aizat.

Teruskan Berlatih 

Atlet e-sukan yang terhebat selalu berkata bahawa kejayaan mereka adalah hasil daripada kegigihan latihan yang diamalkan. Sekiranya ingin mahir dalam dunia e-sukan, anda perlu meluangkan banyak masa untuk berlatih demi menjejak puncak industri.

Lazimnya tempoh masa latihan yang diamalkan para pemain e-sukan ialah sepuluh jam sehari, enam hari seminggu. Jika anda ingin berjaya dalam arena ini, anda perlu bersedia untuk melaburkan masa dan usaha untuk mengasah kemahiran mekanikal dan strategik anda.

Walau bagaimanapun, masa rehat juga sama pentingnya. Jangan terlebih berlatih dan pastikan anda kekal bertenaga. Anda juga perlu mengambil tahu bahawa beberapa faktor seperti kedudukan badan, diet dan jadual tidur mampu mempengaruhi prestasi jangka panjang anda sebagai pemain kompetitif.

Anda perlu meluangkan banyak masa untuk berlatih jika anda ingin mencapai puncak industri e-sukan sebagai atlet e-sukan profesional. Imej oleh MD Aizat.

Teruskan Strim Anda

Meskipun anda seorang pemain yang terbaik di dunia, tiada siapa yang akan mengenali anda melainkan anda menonjolkan diri. Anda perlu memperkenalkan nama anda dan membuktikan kehadiran di platform penstriman seperti Twitch dan YouTube Gaming. Beberapa ikon penstriman yang kini popular seperti PewDiePie, Ninja dan Mr Beast memulakan kerjaya mereka dengan penstriman harian permainan mereka.

Ciptaan saluran penstriman untuk diri sendiri membolehkan orang ramai melihat kebolehan permainan dan kreativiti anda yang boleh membuat mereka kembali menonton. Ini akan membolehkan anda membina pangkalan peminat dan penyokong anda sendiri yang akhirnya akan menjadi komuniti yang menyokong anda dalam perjalanan anda sebagai atlet e-sukan. Malah ramai bintang e-sukan telah mendapat tawaran penajaan hasil penstriman mereka yang lucu atau menawan bersertakan kemahiran permainan mereka, jadi jangan teragak-agak untuk menonjolkan diri anda yang sebenar.

Sertai Komuniti

Pro-gaming melibatkan komuniti sebagaimana ia mementingkan kemahiran individu. Luangkan sedikit masa untuk mengunjungi forum dan laman sosial para pemain untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman mereka. Proses untuk menjadi seorang pemain profesional mungkin bukan untuk semua, tetapi pengalaman bermain mungkin dapat menentukan sama ada ia sesuai untuk anda.

Ia penting untuk profesion anda apabila anda menikmati masa bersama pemain lain, kerana ini akan membantu anda melibatkan diri dalam suasana permainan. Pemain perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengikuti perkembangan meta yang sentiasa berubah sekali gus memberi kembali kepada komuniti. Di samping itu, sebab kukuh untuk anda kekal dalam industri ini untuk jangka panjang ialah kerana kehadiran komuniti sokongan yang cergas.

Ia penting untuk profesion anda apabila anda menikmati masa bersama pemain lain, kerana ini akan membantu anda melibatkan diri dalam suasana permainan. 

E-sukan adalah unik kerana prestasi pemain tidak bergantung pada atribut fizikal seperti ketinggian, kekuatan, jenis badan atau kelajuan. Semua orang mampu melakukan yang terbaik pada tahap tertinggi mana-mana permainan, sama ada MLBB, League of Legends, atau mana-mana permainan lain. Dengan e-sukan, padang permainan kini sama rata dari aspek jantina, budaya dan lokasi – ini menyumbang kepada daya tarikan e-sukan serta pembangunan pangkalan peminatnya di seluruh dunia.

Amira

Love yourself.