Siakap Keli
juruterbang tertidur pesawat
Gambar via BNO News

Juruterbang Didakwa Tertidur Ketika Nak Mendarat, Pesawat ‘Terlepas’ Landasan Terpaksa Patah Balik

Juruterbang Didakwa Tertidur Ketika Nak Mendarat, Pesawat ‘Terlepas’ Landasan Terpaksa Patah Balik

Dua juruterbang pesawat penumpang Ethiopian Airlines didakwa tertidur ketika telah menghampiri lapangan terbang di Ethiopia menyebabkan mereka terlepas untuk melakukan pendaratan. 

Difahamkan, dua juruterbang yang didakwa tertidur itu dipercayai terbangun sebaik sahaja mendengar deringan dari penggera automatik. 

Memetik BNO News, insiden itu berlaku pada awal minggu lalu apabila pesawat Ethiopian Airlines 343, Boeing 737-800 dalam perjalanan dari Khartoum, Sudan ke Addis, Ethiopia, lapor The Aviation Herald menerusi BNO News. 

Juruterbang itu dilaporkan tertidur ketika pesawat berada pada ketinggian 37,000 kaki (11,277 meter) menyebabkan pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Addos Ababa Boke tanpa melakukan pendaratan. 

“Kawalan trafik ciba menghubungi anak kapal berkali-kali namun tidak berjaya,” lapor The Aviation Herald. 

Sebaik sahaja pesawat tersebut terbang di atas landasan pada ketinggian 37,000 kaki, sistem autopilot terputus sambungan menyebabkan bunyi penggera yang menyebabkan juruterbang tersedar dari tidur. 

Walau bagaimanapun, pesawat itu kembali ke lapangan terbang dalam keadaan selamat kira-kira 25 minit kemudian. 

BACA: Bagaimana Irama Lagu Negaraku Dicipta & Boleh Sama Dengan Negeri Perak, Ini Penjelasannya

BACA JUGA: Lelaki Didakwa Biarkan Ibu Kandung Kebuluran Demi Bolot Harta Ditemui Mati Berulat & Hampir Mereput

Sumber: BNO News

Faiz Mustafa

"