Siakap Keli
Tauhu Telur
Kredit Zaimah Zakaria

Mudah, Bersih & Dijamin Halal, Ini Cara Nak Buat Tauhu Telur “Homemade”

Mudah, Bersih & Dijamin Halal, Ini Cara Nak Buat Tauhu Telur “Homemade”

Bagi mereka yang ‘gila’ makan, pasti tahu dan pernah mencuba tauhu telur. Pelbagai jenis menu boleh dibuat menggunakan tauhu telur ini dan yang pastinya ia sihat untuk semua jenis lapisan umur. Selalunya orang gemar meletakkannya dalam masakan sayur campur berkuah.

Tauhu ini juga dijual di mana-mana pasar raya, harganya juga murah dan berpatutuan. Namun seorang pengguna Facebook bernama Zaimah Zakaria telah membuat perkongsian tentang cara mudah menyediakan tauhu telur  yang dijamin sedap dan semestinya bersih dan halal.

Bahan-bahan nak buat tauhu telur Homemade

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dicari ataupun mungkin sudah ada pun di dapur anda. Apa yang diperlukan adalah lima biji telur gred A, 225ml air soya, 1/2 sudu kecil garam dan plastik aiskrim.

Cukup, itu sahaja bahan-bahan yang anda kena sediakan. Mudah je kan. Okay, jom kita beralih kepada cara-cara penyediaan pula.

Cara-cara nak buat tahu telur homemade

Pertama, anda pecahkan lima biji telur tadi di dalam sebuah mangkuk yang sesuai saiznya dengan jumlah telur. Kemudian, masukkan amaun garam yang dinyatakan seperti di atas tadi.

Tauhu

Kedua, ambil air soya dan masukkan seperti amaun yang dinyatakan ke dalam telur. Kacau hingga sebati campuran lima biji telur, garam dan air kacang soya itu.

Tauhu

Ketiga, dapatkan penapis yang bersesuaian seperti penapis teh. Guna penapis ini untuk menapis campuran yang sudah dikacau sebati tadi ke mangkuk yang berasingan. Tujuannya adalah untuk mengasingkan buih-buih yang muncul dalam campuran telur, garam dan air soya itu.

Langkah seterusnya, tuang atau masukkan campuran yang sudah ditapis ke dalam plastik ais krim. Anda boleh menggunakan alatan yang bersesuai. Ikat dengan kemas. Saiz plastik ais krim yang diguna akan menentukan saiz tauhu telur homemade anda.

Kemudian, isi air dalam periuk dan panaskan.

Seterusnya, masukkan tauhu-tauhu yang sudah diikat kemas di dalam plastik aiskrim tadi ke dalam periuk. Biarkan selama 30 minit.

Apabila rupa tauhu telur bertukar warna seperti di bawah, itu pentanda tauhu anda sudah masak. Angkat tauhu berkenaan dan sejukkan.

Selepas sudah sejuk, tauhu telur itu sedia untuk dipotong.

Jika anda nak goreng tauhu telur itu, anda disarankan untuk tabur dan salutkan sedikit dengan tepun jagung.

Apabila anda nak menggoreng, pastikan tauhu telur digoreng dalam minyak yang panas sehingga keperangan.

Tadaaa, tauhu telur homemade anda sudah siap dimasak. Boleh dihidang untuk dimakan bersama-sama dengan keluarga tersayang. Malah, anda juga boleh mempelbagaikan masakan tauhu telur mengikut menu yang disukai.

Jangan lupa cuba resepi mudah ini.

Sumber: Zaimah Zakaria

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka