Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Video Menari & Berparti, Perdana Menteri Finland Jalani Ujian Saringan Dadah
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, memaklumkan bahawa dirinya sudahpun menjalani ujian saringan dadah, susulan tersebarnya video yang menunjukkan dirinya menari di sebuar parti, lapor BBC.
Walaupun menganggap tuntutan memintanya melakukan ujian saringan dadah sebagai tidak adil, namun Marin bersetuju untuk melakukannya.
”Saya tidak melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang dan memandang serius tuduhan yang dilemparkan kepada saya.
”Walaupun permintaan untuk saya menjalani ujian saringan dadah adalah tidak adil, tetapi untuk pelindungan diri saya dari sudut undang-undang dan mahu menjernihkan suasana, saya bersetuju menjalani ujian tersebut. Keputusannya mungkin akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu,” kata Marin dalam satu sidang media Jumaat lepas.
Terdahulu, ahli politik parti pembangkang, Riikka Pura, menggesa Marin melakukan ujian dadah secara sukarela, dan mengatakan terdapat ‘keraguan’ yang membelenggunya.
Marin, yang menjadi perdana menteri termuda dalam sejarah Finland selepas dipilih mengisi kedudukan itu pada 2019, berkata beliau keluar berhibur pada hujung minggu dan bukan dalam waktu kerja.
“Kami tidak mengadakan sebarang mesyuarat pada hujung minggu itu, saya hanya menghabiskan masa cuti saya dengan rakan dan keluarga,” katanya pada sidang media itu lagi.
Awal minggu ini, Marin memberitahu wartawan bahawa beliau “mewakili generasi muda”, dan akan meneruskan kehidupan seperti mana yang beliau mahukan.
“Saya mempunyai kehidupan berkeluarga, saya mempunyai kehidupan bekerja, dan saya mempunyai masa lapang untuk diluangkan bersama rakan-rakan saya. Hampir sama dengan orang yang sebaya dengan saya. Saya akan menjadi diri saya sendiri seperti sekarang, dan saya berharap ia akan diterima,” katanya lagi.
Ini bukan kali pertama Marin dikecam oleh lawannya dan media kerana menari dan menghadiri parti. Disember lepas, Marin meminta maaf secara terbuka selepas mengakui pergi ke kelab untuk berhibur dan kemudiannya tersebar berita bahawa beliau terdedah kepada seorang pengunjung lain yang positif COVID-19.
Sumber: CBS News