Siakap Keli
Suami Curang Guna Microsoft Excel
Gambar: Student & Athlete Defense

Guna Untuk Berhubung & Simpan Gambar Kenangan, Wanita Bongkar Suami Curang Guna Microsoft Excel

Guna Untuk Berhubung & Simpan Gambar Kenangan, Wanita Bongkar Suami Curang Guna Microsoft Excel

TAIWAN – Seorang wanita di Taipei dilapor berjaya membongkar kes kecurangan yang dilakukan suaminya selepas menyelongkar Microsoft Excel Spreadsheet Online suaminya.

Difahamkan bahawa selain berhubung, Spreadsheet Excel Online itu juga turut dijadikan tempat untuk menyimpan kenangan dan gambar semasa melakukan hubungan seks.

Menurut laporan media tempatan, pasangan suami isteri itu memiliki kehidupan yang serba mencukupi. Hubungan mereka berdua dikatakan mula renggang ketika mereka mempunyai anak.

Difahamkan bahawa, disebabkan kurang mendapat perhatian dan kurangnya berkomunikasi di antara satu sama lain, hubungan kedua-dua mereka menjadi semakin rapuh.

Walaupun demikian, isteri kepada lelaki tersebut tidak pernah menyangka bahawa suaminya itu akan sanggup curang terhadapnya.

Sejak tahun 2017, isteri lelaki itu dilaporkan berasa curiga dengan tingkah laku suaminya namun tiada bukti yang kukuh dijumpai untuk membuktikan suaminya curang.

Namun pada Mei 2021, wanita itu telah tidak sengaja menemukan kunci aneh dalam beg gim suaminya dan kemudian mencari tahu aktiviti suaminya.

Dia akhirnya berjaya memuat turun hamparan Excel yang sering digunakan oleh suaminya dan melihat bukti-bukti kecurangan suaminya bersama pasanganya.

Menerusi bukti yang diperoleh, dia mendapati bahawa suaminya mula menjalinkan hubungan sulit sejak Februari 2016.

Sehubungan dengan itu, wanita tersebut dilaporkan telah memfailkan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak  $13,159,242.67 (RM 1,957,549.76) terhadap suaminya.

Semasa perbicaraan, lelaki tersebut telah mengakui bahawa dia mempunyai hubungan sulit tetapi menafikan bahawa mereka sering melakukan hubungan seks dan pernah mempunyai anak hasil daripada hubungan berkenaan.

Selain itu, wanita simpanan lelaki berkenaan turut menuduh isteri lelaki itu menyunting helaian Excel dan menyatakan dia sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kecurangan suaminya tetapi tidak pernah mengambil sebarang tindakan.

Wanita simpanan lelaki itu dilaporkan meminta agar kekasihnya untuk sama-sama membayar pampasan yang diminta, kerana dia merasakan adalah tidak adil jika dia seorang sahaja yang perlu membayarnya. Pampasan berjumlah $13,159,242.67 (RM 1,957,549.76) juga dianggap terlalu tinggi.

Berdasarkan siasatan, didapati bahawa perempuan simpanan itu telah hamil pada Ogos 2016.

Difahamkan pada 2017, perempuan simpanannya itu menghantar mesej dengan berkata, “Saya akan cuba, jangan risau, saya tidak akan biarkannya terbongkar.”

Akhirnya, mahkamah memutuskan bahawa hubungan mereka adalah di luar batas hubungan lelaki-perempuan biasa kerana kerap bertemu dan melakukan hubungan seks.

Oleh itu, perempuan simpanan lelaki itu telah diperintah untuk membayar ganti rugi isteri lelaki tersebut sebanyak $2834664.13 (RM421614.18).

Sumber : wolipop.detik

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa