Siakap Keli
najib tinggalkan nota
Gambar: Facebook Najib Razak

Najib Tinggalkan Nota Terakhir Atas Meja Buat Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meninggalkan mesej berupa ‘nota terakhir’ buat keluarga di atas meja.

Peninggalan mesej nota terakhir tersebut dikongsikan di laman Facebook rasminya sebentar tadi yang dipercayai ditulis semula oleh pihak pentadbir (admin).

Dalam mesej panjang tersebut, Najib mengimbas kembali jatuh bangun perjalanannya dalam dunia politik sejak lebih 40 tahun lamanya.

Berikut di bawah adalah mesej penuh nota tersebut seperti yang dikongsikan kembali di laman Facebook.

Keluargaku,
Anak cucuku.
My family. My love.
Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa.
Ke hari ini, 46 tahun lamanya.
46 years is a long time.
Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda.
Daddy memilih kerja.
Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.
Merancang pembangunan.
Menggubal dasar kebajikan.
Mengurus ekonomi.
Mengukuhkan hubungan antarabangsa.
Menyelesaikan krisis.
Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.
Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.
Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar.
Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.
Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.
Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.
My years have gone by dedicated to people, public service, politics.
A sacrifice I chose and I made.
A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.
Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.
My family. My love.
Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama.
Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam.
Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT.
Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.
Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.
Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.
Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Love you all.
Daddy
(Mesej yang ditinggalkan daddy atas mejanya untuk kami sekeluarga)

Antara petikan nota terakhir Najib di atas meja

Najib dipenjara 12 tahun mulai hari ini

Keratan laporan terdahulu

Terdahulu, bekas perdana menteri keenam itu secara rasminya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda berjumlah RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Laporan Bernama petang tadi menyatakan, hal tersebut adalah berikutan Najib disabit menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan, adalah didapati rungutan perayu sepertimana terkandung dalam petisyen rayuan tidak mempunyai merit.

“Mengenai keseluruhan bukti, kami mendapati sabitan ke atas semua tujuh pertuduhan ke atas perayu adalah selamat. Kami juga mendapati hukuman yang dijatuhkan adalah tidak keterlaluan.

Oleh itu rayuan ini ditolak sebulat suara dan sabitan serta hukuman dikekalkan,” kata beliau.

BACA JUGA: Rasmi, Najib Dipenjara 12 Tahun Bermula Hari Ini

Sumber: Facebook Najib Razak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?