Siakap Keli
lelaki maut dilanggar kereta api
Gambar: TribunMataramam.com

Leka Main ‘Phone’, Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Dari Belakang

Gara-gara leka bermain telefon, seorang lelaki maut dilanggar kereta api dari arah belakang dalam satu kejadian di Surabaya, Indonesia baru-baru ini, lapor TribunMataramam.com.

Berdasarkan laporan, kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di landasan kereta api Tandes kira-kira pada jam 8:46 malam waktu tempatan pada hari kejadian.

Pegawai polis dari daerah tempatan tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada pemandu kereta api tersebut.

Menurut Ketua Pasukan Polis Khas PT KHAI, Agung Lesmana, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa tidak menyedari kereta api yang datang dari arah belakang walaupun hon amaran sudah dibunyikan. Ekoran itu, mangsa terpelanting ke tepi landasan arah berlawanan.

“Mangsa berkemungkinan tidak sedar walaupun hon sudah dibunyikan kerana bermain telefon bimbit sebelum dilanggar.

“Mayat masih berada dalam keadaan sempurna dan terdapat kecederaan pada sekitar belakang kepala mangsa,” jelasnya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, memetik Tribun Mataram.

Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia selepas dilanggar kereta api berkenaan, iaitu 130A Dharmawangsa yang sedang dalam perjalanan dari Stesen Pasar senen menuju ke Pasar Turi, Surabaya.

Bagaimanapun identiti mangsa dapat diketahui selepas pihak polis menemui kad pengenalannya yang tersimpan rapi di dalam dompet.

Difahamkan, mangsa berusia 48 tahun dan berasal dari Dusun Gading Jombok, Tranggalek di Jawa Timur.

Dalam masa sama, mayat mangsa turut dihantar ke Hospital Daerah Dr. Soetomo, Surabaya untuk tindakan lanjut.

Lelaki maut dilanggar kereta api

Keratan laporan terdahulu

Imbas kembali laporan terdahulu, turut pernah berlaku satu kejadian hampir serupa kes individu maut dalam kemalangan melibatkan kereta api seperti yang berlaku di Sabah kira-kira tiga tahun lalu.

Memetik laporan Bernama ketika itu, seorang lelaki maut dilanggar kereta api di dalam satu kejadian di Kilometer 1.5 antara Stesen Beaufort dan Tanjung Aru pada 18 April 2019 dahulu.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd Razak ketika itu berkata, mangsa yang maut berusia lingkungan 20-an dan tiada dokumen pengenalan diri.

Katanya siasatan awal polis mendapati kereta api tersebut bertolak dari Stesen Beaufort pukul 5.02 pagi menuju ke Tanjung Aru dengan kelajuan 35 kilometer sejam.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, pemandu kereta api ternampak satu objek melintang di landasan kereta api dan menyangkakan objek tersebut adalah sampah kerana keadaan ketika itu gelap.

Bagaimanapun, dalam jarak 20 meter barulah pemandu kereta api berkenaan nampak jelas bahawa objek tersebut rupanya ialah seorang manusia.

Lantas pemandu tersebut menggunakan brek kecemasan hingga menyebabkan kereta api terseret dan menggilis mangsa hingga mengalami cedera parah di kepala.

Azmir berkata, pemandu kereta api berkenaan mempunyai 11 tahun pengalaman sebagai pemandu lokomotif.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Sumber: TribunMataramam.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.