Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RON97 Turun Lagi Lima Sen

Iqbal Yasir
ron97 turun 5 sen
Gambar: BBC via Google

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa harga RON97 turun sebanyak lima sen seliter, iaitu daripada harga asal RM4.35 ke RM4.30 seliter.

Harga RON97 ini masih lagi mencatatkan penurunan lima sen sama seperti tetapan harga minggu lepas, dari RM4.40 ke RM4.35 sen seliter.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada harga siling RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan tersebut, tempoh harga runcit minyak tersebut dijadualkan bermula pada 25 Ogos hari ini hingga 31 Ogos 2022 kelak.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global. Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON97 pada paras siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia