Siakap Keli

Isteri Nekad Hamil ‘Benih’ Lelaki Lain, Sakit Hati Selalu Dituduh Mandul Oleh Suami

Isteri Nekad Hamil ‘Benih’ Lelaki Lain, Sakit Hati Selalu Dituduh Mandul Oleh Suami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan keluarga yang harmoni. Terutamanya dengan kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi penyeri dalam sesebuah rumah tangga. Namun begitu, tidak semua pasangan yang berkahwin itu dikurniakan zuriat. Ada pelbagai punca dan masalah, yang pastinya memerlukan persefahaman kedua-dua pihak untuk diselesaikan.

Baru-baru ini seorang pakar perubatan di Twitter berkongsi pengalamannya dalam berhadapan dengan pesakit yang merupakan seorang isteri yang datang untuk menggugurkan kandungannya.

Menurut doktor itu, dia merasa sangat terkejut dengan apabila mendapat tahu bahawa anak yang dihamilkan oleh wanita itu merupakan hasil benih hubungan terlarang dengan lelaki lain.

Dalam perkongsian lanjutnya, wanita itu difahamkan sudah berkahwin selama lima tahun, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Har demi hari, setia menanti penyeri rumah tangga tersebut.

Namun, seiring bertambah usia perkahwinan mereka, wanita itu sering menjadi mangsa yang dipersalahkan. Dedah wanita itu, dia dituduh mandul oleh suaminya dan perkara itu nyata memberi kesan yang buruk kepada emosinya.

Suami wanita itu jugak selama perkahwinan tersebut berlangsung tidak pernah mengikuti pemeriksaan kesuburan, sebaliknya hanya tahu menyalahkan isterinya. Kerana tidak tahan dengan tuduhan suami terebut, wanita itu kemudian buat nekad mengambil keputusan diluar jangkaan yang nyata memeranjatkan sesiapa yang mendengarnya.

Wanita itu kemudian menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga hamil, diluar pengetahuan suami sendiri.

Namun begitu, pakar perubatan itu menolak keinginan wanita itu yang mahu menggugurkan kandungan tersebut kerana tiada masalah kesihatan yang dialami. Wanita itu kemudian dirujuk kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang baik.

Pakar perubatan itu juga sempat memberi nasihat kepada pembaca agar setiap masalah yang dihadapi dalam rumah tangga jangan sesekali meletakkan kesalahan dan beri tekanan kepada pasangan, sebaliknya cari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin.

Dalam ruangan komen perkongsian pakar perubatan tersebut, ramai yang meluahkan pendapat masing-masing berkenaan isu tersebut.

Sumber: Dr. Ahmad RZ

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka