Siakap Keli
Gambar: Google

Bangkai Kapal Jerman Sarat Dengan Bahan Letupan Timbul Akibat Kemarau Di Eropah

Bangkai Kapal Jerman Sarat Dengan Bahan Letupan Timbul Akibat Kemarau Di Eropah

Kemarau terburuk di Eropah dilaporkan telah menyebabkan sungai besar Danube berhampiran Prahovo di timur Serbia mengering sehingga mendedahkan bangkai kapal perang Jerman yang sarat dengan bahan letupan karam semasa Perang Dunia Kedua.

Memetik laporan CNN, kapal-kapal itu adalah antara ratusan yang terkandas pada tahun 1944 di Danube dan sehingga ke hari ini menghalang ‘lalu lintas’ di sungai tersebut ketika air berada di paras rendah.

Kebanyakan dari kapal itu didapati mengandungi tan metrik peluru dan bahan letupan. Ia dibimbangi boleh menimbulkan bahaya kepada kawasan sekitar.

Selain itu, beberapa kapal dilihat masih mempunyai menara, jambatan komando dan tiang yang patah.

Manakala yang lain kebanyakannya tenggelam di bawah tebing pasir.

Gambar: CBS News

Terdahulu, kerajaan Serbia dilaporkan telah berusaha untuk menyelamatkan kapal besar dan mengeluarkan peluru serta bahan letupan dengan kos operasi dianggarkan sebanyak $30 juta (RM134 juta).

Sementara itu, kemarau yang berlaku selama berbulan-bulan telah menyesakkan lalu lintas sungai di laluan penting termasuk di Jerman, Itali dan Perancis.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Eropah, beberapa minggu lalu sungai di Texas telah mendedahkan penemuan tapak kaki dinosaur berusia 113 juta tahun selepas turut dilanda kemarau yang turut.

BACA: Sungai Kering Akibat Kemarau, Kesan Tapak Kaki Dinosaur Dari 113 Juta Tahun ‘Muncul’ Semula

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story