Siakap Keli
Murung Akibat Sering Dihina Rakan
Gambar : Google

Lelaki Nekad Bakar Diri, Murung Akibat Sering Dihina Rakan Kerana Alami Masalah Kewangan

Lelaki Nekad Bakar Diri, Murung Akibat Sering Dihina Rakan Kerana Alami Masalah Kewangan

INDONESIA – Seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lampung Timur dilapor maut selepas membakar dirinya akibat kemurungan. 

Menurut polis, mangsa bertindak sedemikian kerana sering dihina oleh rakan-rakannya akibat mengalami masalah kewangan.

“Mangsa nekad untuk membakar badannya sendiri kerana murung akibat sering diejek rakan sekerjanya kerana masalah kewangan. Jadi secara asasnya dia sering digelar sebagai anak miskin dan sering dipulau oleh rakan-rakannya,” kata Ketua Polis Way Bungur, Iptu Riki kepada detikSumut, Isnin (29/8/2022) .

Riki berkata, kejadian itu bermula apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya untuk mencari pekerjaan. Ketika itu mangsa hendak ke Way Bungur, Lampung Timur untuk bertemu rakan sekerjanya.

“Mangsa ini mengucapkan selamat tinggal untuk mencari pekerjaan, dia sempat menjual telefon bimbitnya untuk perbelanjaan perjalanan, menurut keluarganya,” kata Riki.

Tambahnya lagi, keluarga mangsa tidak tahu di mana dia tinggal. Pihak keluarganya hanya tahu mangsa telah keluar untuk mencari kerja.

“Kami tidak menerima sebarang berita mengenainya selama dua hari dan tidak tahu dia bermalam di rumah siapa. Pihak keluarga hanya tahu dia pergi mencari kerja,” kata Riki.

Menurut keterangan saksi, kata Riki, mangsa telah membakar dirinya di kawasan ladang pada Ahad (28/8) dan sebelum membakar dirinya, mangsa telah membeli bahan bakar di salah sebuah kedai di Way Bungur.

“Mangsa kemudian memutuskan untuk menyiram Pertalite ke seluruh badan, kemudian membakar badannya sendiri.

“Selepas api membakar badannya, mangsa menjerit kepanasan dan sempat meminta tolong, sambil berlari mencari sungai atau paya,” katanya.

Di lokasi kejadian, mangsa berjaya menjumpai sebuah paya dan kemudiannya terjun untuk memadamkan api.

Tetapi malangnya keadaan melecur yang teruk menyebabkan nyawanya tidak dapat diselamatkan. 

“Dia telah terjun ke dalam paya di sawah. Bagaimanapun, badannya melecur teruk. Malah pakaian dan seluarnya sudah tiada, mangsa juga sempat meminta bantuan ketika menuju ke laluan jalan utama, penduduk kemudian membantunya dan menghubungi polis untuk dibawa ke hospital,” jelasnya.

Setelah menerima rawatan di Hospital Sukadana, mangsa disahkan meninggal dunia pada Isnin (29/8/2022) sekitar pukul 09.00 waktu tempatan.

Kemudian, mayat mangsa dilaporkan telah dibawa pulang oleh keluarganya di Daerah Pelindung Gunung, Lampung Timur.

Sumber : DetikSumut

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa