Siakap Keli

Pop Meals Menampilkan Hidangan “ The Mac-deka Trio“, Raikan Sambutan Hari Kemerdekaan

Citarasa rakyat Malaysia menerusi hidangan paling laris, Pop Meals, “Masak Lemak”, Super Creamy Mac and Cheese” dan “Crazy Spicy Mac and Cheese”.

KUALA LUMPUR, 30th OGOS 2022 – Menghidangkan jutaan hidangan setiap tahun sejak ditubuhkan pada 2020, rangkaian restoran makanan segera, Pop Meals, benar- benar memahami citarasa masyarakat di negara ini.

Disokong oleh teknologi kecerdasan buatan ( AI ) yang menganalisa setiap pesanan dan maklum balas yang diberikan pelanggan, Pop Meals memprofilkan lebih 500 ribu rakyat Malaysia untuk menentukan pilihan perisa yang digemari mereka yang mana sebanyak 40 peratus memilih perisa keju dan berkrim dan sebanyak 37 peratus lagi lebih cenderung memilih hidangan berperisa pedas.

Apabila berkisar kepada sumber protein, lebih 90 peratus menjadikan ayam sebagai pilihan hidangan mereka.

Menerusi data ini, restoran yang menyediakan rangkaian perkhidmatan makanan segera Malaysia ini akan menampilkan hidangan “Mac and Cheese” menerusi tiga menu pelbagai pilihan iaitu “ Mac – deka Trio”, yang mana hidangan ini termasuk” Masak Lemak Mac and Cheese”, yang dicipta khas sempena kemerdekaan tahun ini dan menu popular yang sentiasa digemari “ Super Creamy Mac and Cheese” serta “ Crazy Spicy Mac and Cheese”. Menu ini akan tersedia untuk dinikmati untuk masa terhad sahaja iaitu antara 29 Ogos dan 30 September ini.

Mengenai kenapa Pop Meals menampilkan hidangan klasik restorannya, “Mac and Cheese” dalam citarasa tempatan, Pengurus Besar Pop Meals, Shaik Ali, berkata “ Daripada 30 jenis hidangan dalam menu restoran kami, hidangan “ Mac and Cheese” kami adalah menu kegemaran dalam kalangan rakyat negara ini,”.

“Kami sudah menghidangkan lebih daripada satu juta hidangan “ Mac and Cheese” di sebanyak 32 cawangan sekitar Lembah Klang dan Seremban sejak cawangan kedai pertama “Pop Meals “ dibuka pada 2020 lalu. Menu ini juga telah melalui sebanyak 45 proses penambahbaikan sejak ia mula dilancarkan dan kami masih terus menambah baik berdasarkan maklum balas pelanggan setiap hari yang diterima kami.

“Pada awalnya, pihak kami menganggap menu “ Crazy Spicy Mac & Cheese” terlalu pedas tetapi pelanggan memberitahu kami, mereka mahu hidangan itu menjadi lebih pedas , jadi ini adalah antara cara kami melakukan penambahbaikan dalam setiap menu yang kami tampilkan!l Boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat gemar makanan pedas.

“Kami mencabar sesiapa sahaja untuk mencari “Mac and Cheese” yang lebih popular daripada menu yang kami hasilkan ini di Malaysia dan kami amat teruja untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke -65 ini menerusi tiga jenis menu “ Mac and Cheese” yang benar-benar bercitarasa Malaysia.

Shaik juga berkata, “ The Mac-deka Trio”, menyerlahkan citarasa penuh berkrim, enak dan rasa pedas yang sangat digemari rakyat Malaysia.

“Resepi citarasa asli Malaysia “Mac and Cheese” ini sama dengan menu kami yang lain, yang mana ia adalah hasil analisa daripada maklum balas ribuan pelanggan dan berdasarkan maklum balas ini, menerusi kecerdasan buatan (AI), kami menentukan tahap perisa krim, rasa kelazatan dan kepedasan yang paling mahu dinikmati oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur supaya setiap hidangan yang dihasilkan dari dapur “ Pop Meals” akan pasti menjadi kegemaran ramai,” tambahnya.

Pop Meals juga akan memberikan satu hidangan “ Mac–deka and Cheese” secara percuma kepada pelanggan dengan setiap pembelian tiga menu ala carte “Mac –deka Mac and Cheese” menerusi kod baucer MACDEKA31 pada aplikasi Pop Meals.

Amira

Love yourself.