Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Tahun Ini Lain,” Perbualan Chong Wei & Anak Tentang Merdeka Buat Netizen Terhibur

Sofea
perbualan chong wei & anak-anak buat netizen terhibur
Gambar: Lee Chong Wei

“Tahun Ini Lain,” Perbualan Chong Wei & Anak Tentang Merdeka Buat Netizen Terhibur

Sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara pada hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan dan keterujaan setelah hampir dua tahun tidak dapat menyambutnya kerana pandemik.

Pastinya kemerdekaan pada tahun ini juga menjadi lebih bermakna apabila pasukan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah merangkul gelaran Juara Badminton Dunia baru-baru ini.

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata kemerdekaan pada tahun ini berbeza kerana kejayaan tersebut dan juga negara sudah semakin pulih daripada COVID-19.

Beliau bercakap mengenai perkara tersebut menerusi ucapan Hari Kemerdekaan di Facebook miliknya.

Gambar: Lee Chong Wei

“Tahun ini lain. Tahun ini kita sudah merangkul gelaran Juara Dunia Badminton.

“Tahun ini lain. Tahun ini kita sebagai negara yang semakin pulih daripada belenggu COVID-19.

“Tahun ini lain. Tahun ini akta anti-katak diluluskan. Tahun ini, disambutnya Hari Kemerdekaan ke-65 negara tersayang kita. Semoga terus maju, stabil, aman dan harmoni, Malaysiaku,” katanya.

Dalam pada itu, di sebalik ucapan tersebut, Chong Wei turut berkongsi mengenai perbualan dengan anak-anaknya ketika menyaksikan perarakan kemerdekaan di televisyen sehingga membuatkan netizen terhibur. Berikut perkongsiannya.

Sumber: Lee Chong Wei