Siakap Keli
beli tv

Macam Tiba-Tiba, Beli TV Terus Boleh Jumpa Cristiano Ronaldo & Lionel Messi

Mesti dah lama kan kita tak menyaksikan perlawanan bola antarabangsa di kaca television. Bagi peminat tegar bola sepak, mesti dah tak sabar nak menantikan bulan November nanti kan. Sebabnya, akan ada Fifa World Cup di Qatar. Memang tak dinafikan lagi, World Cup kali ni mesti akan dihiasi dengan persembahan yang terbaik daripada bintang-bintang bola sepak terkenal dunia.

Sebagai contoh, peminat sudah semestinya menantikan Cristiano Ronaldo yang bakal mewakili negaranya iaitu Portugal dalam saingan World Cup nanti. Bila kita bercakap pasal Cristiano Ronaldo ni, sudah pasti ramai ingin berjumpa atau melihat aksinya di depan mata terutamanya dalam saingan Piala Dunia. Beliau juga di nombor 69 dalam senarai pemain terbaik Premier League.

Tapi, bukan sekadar dia semata je tau. Lionel Messi juga sudah semestinya menjadi tumpuan ramai kerana mereka berdua ialah bintang bola sepak dunia yang sangat dikenali ramai. Mesti ramai yang tak tau, korang semua sebenarnya boleh je nak jadikan impian korang tu satu kenyataan. Sebabnya, ada salah satu penaja World Cup nak sponsor korang tiket perlawanan World Cup.

Sponsor Piala Dunia yang dimaksudkan sebenarnya adalah Hisense Malaysia. Jenama ini juga sangat berbesar hati untuk sponsor peminat bola sepak tiket bola yang diidam-idamkan tu. Tapi, ada syarat-syarat mudah yang perlu korang lakukan sebelum dapat. Bermula pada 1 September sehingga 31 Oktober nanti, Hisense Malaysia akan mengadakan Gol! Tawaran Istimewa Mega. Banyak tawaran hebat!

Korang semua kena ingat satu benda yang menarik. Ketika tempoh promo tersebut, korang layak untuk mendapat free gift jika korang membeli model barangan terpilih dari jenama tersebut. Antara barang-barang jenama Hisense Malaysia yang menarik:

1) Televisyen

2) Mesin Basuh

3) Peti Ais

4) Penghawa Dingin

Selain daripada barang-barang yang menarik ni untuk dipilih, apa yang menarik perhatian sudah semestinya peluang untuk memenangi tiket Piala Dunia kan. Mudah je cara untuk berpeluang mendapat tiket tu. Korang hanya perlu membeli satu item barangan di Hisense Malaysia. Barang mesti bernilai RM1,999 untuk menyertai cabutan bertuah.

Pelbagai jenis produk yang boleh korang beli sebenarnya tau. Produk-produk tersebut seperti televisyen, peti ais, mesin basuh dan juga pendingin hawa turut tersenarai dalam barangan yang korang boleh beli untuk menyertai.

Kalau korang berminat, ikuti je cara-cara mudah ni untuk korang sertai:

  1. Beli produk Hisense dari Pengedar Sah atau Kedai Dalam Talian Rasmi.
  2. Imbas kod QR atau layari https://campaign.hisense.com.my/megadeals untuk isi butiran dan lampirkan bersama resit.
  3. Semak Facebook & Instagram Hisense untuk Pengumuman Pemenang.

Apa lagi yang ditunggu korang, jangan lepaskan peluang. Dah terhidang dah ni semuanya depan mata. Bukan sahaja televisyen boleh dapat, tapi tiket masuk perlawanan Piala Dunia pon boleh dapat. Siap dapat jumpa Cristiano Ronaldo lagi tu. Seronoknya!

Nor Fakhry