Makan tiram mentah sudah jadi macam ‘trending’ hari ini, tapi kena ingat, pakar makanan dedahkan tiga gejala bahaya kalau anda dijangkiti bakteria jenis ini.
Sejak kebelakangan ini, hidangan tiram segar telah menjadi tular dalam kalangan rakyat Malaysia. Beberapa kedai makan menawarkan harga yang murah bagi hidangan ini.
Dahulu, hidangan ini dikatakan hanya mampu dilihat dalam bankuet hotel mewah dan fine dining sahaja. Kini, boleh dikatakan hampir semua orang boleh menikmati juadah ini.
Namun begitu, hidangan ini telah menggemparkan rakyat Malaysia apabila sesetengah individu yang menjamahnya tiba-tiba mengalami simptom-simptom keracunan makanan.
Adakah ini disebabkan alergi? Ataupun faktor penyediaan tiram itu yang tidak tepat? Atau adakah ia dipengaruhi faktor-faktor lain seperti kesesuaian pemakanannya?
Bagi merungkai persoalan ini, mari ikuti perkongsian oleh pegawai teknologi makanan (food technologist) Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggunakan nama Facebook Sazly Tulih di bawah.
Semoga bermanfaat.
Awas, Bakteria Ini ‘Menanti’, Pakar Dedah Tiga Gejala Bahaya Makan Tiram Mentah Yang Dijual Secara ‘Terbuka’
Membebel rakan saya yang merupakan seorang pensyarah di sebuah politeknik dalam Facebook beliau berkenaan tiram mentah yang dijual tanpa disejukkan yang boleh mengundang vibriosis. Ada yang komen, orang Malaysia ni kebal… Bagaimana dengan peniaga pula? Nak keuntungan sahaja?
Bahaya ke tiram macam tu?

Tiram yang mentah ini boleh mengundang risiko keracunan makanan terutamanya bakteria Vibrio parahaemolyticus. Seharusnya tiram tadi perlu disimpan atau dipamerkan untuk jualan pada suhu sejuk atau sejuk beku bagi mengelak bakteria ini membiak.
Bakteria Vibrio parahaemolyticus ini asalnya dari laut. Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini adalah seperti makanan laut dan bercengkarang serta hasil laut seperti ikan dan udang.
Ia sangat berisiko untuk memakan makanan ini secara mentah ataupun separuh masak.

Gejala Apabila Dijangkiti Bakteria Vibrio parahaemolyticus
Antara tanda dan gejala apabila kita terkena keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria Vibrio parahaemolyticus ini adalah seperti berikut:
- Cirit birit dan sakit perut
- Loya
- Pening kepala dan demam
Selalunya tempoh jangkitan tempoh bemula 4 jam – 30 jam selepas makan. Akan tetapi, kebiasaannya 12 -24 jam selepas pendedahan kepada makanan tercemar.
Langkah Pencegahan
Untuk mencegah berlakunya keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria Vibrio parahaemolyticus ini adalah:
- Simpan pada suhu sejuk atau sejuk beku
- Masak makanan laut dengan sempurna.
- Elak pencemaran silang antara makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
- Basuh dengan air bersih makanan laut seperti tiram, kerang, ikan dan udang dengan betul.
- Asingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.
Kita tidak kebal daripada penyakit dan kita juga boleh berfikir dahulu sebelum bertindak.
Moga bebelan saya ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada semua.
Sumber: Sazly Tulih Page via Facebook