Siakap Keli
Gambar: Kosmo

“Ayah Tak Sengaja..,” Lelaki Warga Emas Terlanggar Isteri Sedih Dan Trauma

“Ayah Tak Sengaja..,” Lelaki Warga Emas Terlanggar Isteri Sedih Dan Trauma

Sungai Petani – Sedih dan trauma, itu yang terpaksa dihadapi oleh lelaki warga emas yang dilaporkan terlanggar isterinya di hadapan rumah mereka di Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kota Kuala Muda, kelmarin.

Memetik laporan Kosmo, anak angkat kepada pasangan itu berkata bapanya yang berusia 76 tahun itu berulang kali memberitahu anak-anak bahawa dia tidak sengaja.

“Ayah berulang kali beritahu kami (anak-anak) bahawa dia tidak sengaja. Ayah memaklumkan ketika kejadian dia baru menghidupkan enjin kereta dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengawal kenderaan itu.

“Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, kenderaan itu ‘melambung’ dan melanggar emak yang kebetulan berdiri di hadapan,” katanya kepada Kosmo.

Gambar: Kosmo

Ketika itu, bapanya tergamam melihat kejadian tersebut sehingga terpaksa dibantu oleh jiran untuk mematikan enjin kereta.

Jelasnya lagi, ibu bapa angkatnya itu sememangnya akrab dan mereka sering keluar bersama.

“Majlis kenduri di Kampung Bukit Tukang Jusoh semalam (kelmarin) adalah majlis kenduri kedua yang dihadiri mereka. Biasanya mereka berdua ke mana-mana sahaja,” katanya.

Sementara itu, jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Amboi, Kota Kuala Muda.

BACA: Tak Sedar Masih Dalam Keadaan ‘Bergear’, Wanita Maut Dilanggar Kereta Dipandu Suami

Sumber: Kosmo

BACA JUGA: Isteri Nak Beli Sofa Baharu Sebab Jiran Baru Beli, Suami Jangan Bantah Tapi Buat Macam Ni

Sofea

There's always another side to every story