Siakap Keli
Pemandu Lori Jatuh Gaung
Gambar: Kompas

Mangsa Ditemui Tengah ‘Bersantai’ Di Rumah, Operasi Kesan Pemandu Lori Jatuh Gaung Ditamatkan

Mangsa Ditemui Tengah ‘Bersantai’ Di Rumah, Operasi Kesan Pemandu Lori Jatuh Gaung Ditamatkan

Operasi menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama dua hari selepas lorinya dilaporkan terjatuh ke dalam gaung di Sireview Lauik, Sumatera Selatan berakhir apabila dia ditemui berada di rumahnya.

Memetik laporan Kompas.com, pemandu lori berusia 35 tahun itu ditemui di rumahnya di Palembang selepas pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) melakukan pencarian.

“Kami melakukan pencarian pada hari pertama lori itu jatuh ke dalam gaung. Selepas itu, kami bekerjasama dengan pihak Basarnas Palembang. Dari situ kami dapati pemandu berada di kediamannya.

“Kami segera menghentikan pencarian kerana mangsa adalah mangsa yang terselamat,” kata Ketua Balai Padang Basarnas, Abdul Malik.

Gambar: Kompas

Terdahulu, sebuah lori dilaporkan telah terjatuh ke dalam gaung di Sireview Lauik, Kota Padang, Sumatera Barat dan pemandunya hilang.

Kenderaan itu dikatakan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter bersama pemandu.

Abdul berkata gaung itu sangat curam sehingga memerlukan banyak peralatan dalam operasi pencarian.

“Tambahan pula lokasinya di dalam hutan tebal,” katanya.

Berdasarkan maklumat, kejadian bermula apabila dua buah lori bergerak beriringan dari Bandar Solok ke Padang dan salah satu darinya terjatuh ketika melalui selekoh.

Sumber: Kompas.com

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

There's always another side to every story