Siakap Keli
Gambar : suaramalang.id

Kunci Pintu Dan Bersalin, Gadis 17 Tahun Ditemui Mati Bersama Bayinya

Kunci Pintu Dan Bersalin, Gadis 17 Tahun Ditemui Mati Bersama Bayinya

INDONESIA – Seorang gadis ditemui meninggal dunia bersama bayi yang baru sahaja dilahirkan di dalam bilik tidurnya, lapor suara malang.

Dilaporkan, mangsa 17 tahun yang berasal dari Desa Karangharjo Kecamatan Glenmore Kabupaten Bayuwangi Jawa Timur (Jatim) telah meninggal dunia setelah melahirkan seorang bayi pada Rabu (31/8/2022).

Peristiwa ini memberi tamparan hebat buat Iin Tisyani (39), ibu dari IZ. Sebab dalam waktu yang sama, dia harus menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan anak dan cucunya.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banyuwangi, Iptu Agus Winarno berkata, bayi yang baru dilahirkan itu adalah lelaki. Bagaimanapun, bayi berkenaan turut ditemui mati di dalam bilik bersebelahan ibunya.

“Pada mulanya kejadian ini diketahui oleh ibu mangsa yang curiga kerana mangsa tidak keluar dari biliknya sejak Selasa (30/8/2022),” katanya memetik Suara.com, Jumaat (2/9/2022).

Difahamkan selepas diperiksa oleh ibu bapa mangsa, mereka mendapati bahawa pintu dikunci dari dalam dan meminta bantuan adiknya untuk membukanya.

Gambar : suaramalang.id

Bagaimanapun, pintu bilik tidur itu tidak boleh dibuka dan akhirnya mereka sekeluarga membuka tingkap sebelah bilik.  Mereka mendapati mangsa terbaring di atas lantai di sebelah katil.

“Dalam bilik mangsa juga terdapat banyak darah terpercik dan mangsa dalam keadaan terlentang di sebelah timur. Selepas diperiksa, dia tidak bernafas dan melihat seorang bayi sedang terbaring di atas katil dan telah meninggal dunia,” jelas Agus.

Agus berkata kejadian ini kemudiannya dilaporkan kepada Polis Glenmore dan diurus oleh pihak polis.

“Bagi kejadian ini, semua keluarga bersetuju menerima dan tidak mendakwa secara jenayah yang disaksikan oleh ketua kampung Karangharjo, serta dinyatakan dalam bentuk kenyataan,” jelasnya.

Agus menambah, mangsa dan bayi lelaki yang ditemui mati di dalam bilik itu segera dikebumikan pada Rabu (31/8/2022) di TPU berhampiran.

“Keluarga telah meredai dan menerima kejadian itu sebagai musibah dan enggan melakukan bedah siasat dengan membuat kenyataan daripada keluarga,” katanya lagi.

Sumber : Suaramalang.id

Anis Annisa