Siakap Keli
Gambar: Abrar Haron

Sesuai Untuk Yang Suka Pergi Tempat ‘Rare’, Lelaki Kongsi Tips Wajib Tahu Jika Nak ‘Travel’ Ke Syria

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesuai Untuk Yang Suka Pergi Tempat ‘Rare’, Lelaki Kongsi Tips Wajib Tahu Jika Nak ‘Travel’ Ke Syria

Percutian ke pelbagai tempat menarik sememangnya memberikan ketenangan dari segi mental dan jiwa seseorang, lebih-lebih lagi melancong ke luar negara.

Bagaimanapun, bercuti ke luar negara bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan pas lawatan yang sah dan ‘guide’ daripada ejen tempatan.

Sesetengah orang lebih selesa untuk bergerak tanpa sebarang kawalan atau panduan dan mereka merasakan ia jauh lebih bebas. Namun apakah inisiatif yang boleh diambil untuk mereka yang mahu melancong ke luar negera?

Bercakap mengenainya, seorang pengguna Facebook baru-baru ini ada berkongsikan mengenai tips untuk bercuti ke Syria.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Abrar Haron di bawah ini.

Tak perlu guide bagai

Back to Syria

11 tahun lepas saya pernah tinggal di Syria selama beberapa bulan. Syria merupakan negara arab kedua yang saya pernah sampai. Yang pertamanya Saudi untuk buat haji.

11 tahun kemudian, bulan lepas, saya berjaya masuk ke Syria sekali lagi. Kali ini saya masuk bersama 7 orang lagi travel buddies.

Sebelum krisis Syria tahun 2011-2018, kita boleh masuk Syria macam masuk negara lain. Mudah jaa. Tak perlu guide bagai. Tapi sejak 2018 kerajaan Syria wajibkan ambil travel agent tempatan.

Gambar: Abrar Haron

VISA

Malaysian dapat free visa untuk masuk ke Syria. Cuma kita perlu dapatkan surat dari travel agent tempatan. So nak taknak kita terpaksa ambil pakej travel agent. Tak boleh masuk sendiri.

Proses untuk dapatkan surat dari travel agent makan masa 2-3 minggu.

LAND BORDER

Haritu kami masuk Syria melalui land border Lubnan. Kemudian keluar dari Syria melalui border Jordan.

Urusan border agak lama juga laa. Better ada travel buddies yang boleh cakap arab. Terutamanya di border Syria – Jordan.

Gambar: Abrar Haron

FLIGHT TICKET

Setakat yang saya survey, boleh letak bajet sekitar 3k – 4k untuk tiket penerbangan ke Beirut.

Option 1 : Kul – Dubai & Dubai – Beirut : 4k return

Option 2 : Kul – Kochi & Kochi – Beirut : 2.8k return (Trip Nov ni). Tapi kena ada visa India sebab nak tukar airlines.

Gambar: Abrar Haron

CURRENCY

Official rate di bank, 1 usd = 2500 lira

Tukar duit di B.M, 1 usd = 3900 lira

Gambar: Abrar Haron

SIM CARD

MTN SYRIA merupakan satu-satunya mobile operator yang ada. Sebelum ni ada Syriatel, tapi dah tutup sejak 2020.

Nak beli simcard kena bagi passport. Better minta guide ikut sekali pi kedai simcard.

Tak ingat berapa harga sim card. Boleh bajet around 5-10 usd untuk 3GB.

MAKANAN

Syawarma tepi jalan sekitar 9-13 usd. Nasi arab ayam sekitar 8 usd. Payah sikit nak jumpa nasi. Lebih banyak roti.

Kat Damascus boleh pergi Bab Musolla/Meydan Jazmatiyyah untuk cari nasi kat kedai Mandy Tannour wa Hatob.

ATTRACTIONS

Haritu kami cover banyak tempat juga laa. Perjalanan dari satu tempat ke tempat lain makan masa agak lama. 2-5 jam.

Antara lokasinya ialah Damascus, Ma’aloula, Krak des Chevaliers, Palmyra, Hama, Aleppo dan Bosra.

Gambar: Abrar Haron
Gambar: Abrar Haron

SAFETY

I. Allah semua selamat ja. Kerajaan Syria hanya benarkan pelancong masuk ke kawasan yang selamat. Kawasan yang panas lagi memang travel agent takkan bawa kita masuk.So tak perlu risau sangat.

Professional guide akan sentiasa bersama kita. Tapi kalau kita nak pusing-pusing bandar tu sendiri, better ada travel buddies yang boleh cakap arab.

tips wajib tahu jika nak travel ke syria
Gambar: Abrar Haron
tips wajib tahu jika nak travel ke syria
Gambar: Abrar Haron

WEATHER

Kami pergi time summer. Panasnya yaa rabbi. Terutamanya kat area Palmyra.

Trip Syria & Lebanon kami bulan Nov ni dah mula masuk winter. Dah makin sejuk. Tapi takder la sampai turun salji. Sejuk-sejuk manjahh.

Siapa yang suka pergi tempat-tempat rare boleh laa plan pergi Syria. Sepanjang 8 hari di Syria, kami jumpa 1 group ja pelancong dari luar.

Sumber: Abrar Haron Via Facebook Kumpulan Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.