Siakap Keli
Bapa Pelakon Remaja Perempuan gangguan seksual
Gambar: Bernama

Bapa Pelakon Remaja Perempuan Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Diberkas Polis

Bapa Pelakon Remaja Perempuan Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Diberkas Polis

Pihak polis dilaporkan telah menahan bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang didakwa telah membuat gangguan seksual terhadap anaknya.

Menurut Astro Awani, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, permohonan reman telah diperoleh daripada mahkamah sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

“Polis membuat tangkapan pada 2.25 petang dan turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang kemudian dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa,” kata Wan Azlan Wan Mamat.

“Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya lagi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Semalam, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa yang mendakwa bapanya itu melakukan perbuatan gangguan seksual sejak 2013 hingga 2017 lagi sewaktu umur pelakon itu masih berusia enam tahun.

Dalam kenyataan terdahulu, Wan Azlan juga berkata mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya itu ketika mereka tinggal di kawasan Subang Jaya.

Sumber: Astro Awani 

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka