Siakap Keli
Gambar : Daily Mail

Wanita Nekad Pertaruh Nyawa, Lawan Harimau Sendirian Demi Selamatkan Bayinya

Wanita Nekad Pertaruh Nyawa, Lawan Harimau Sendirian Demi Selamatkan Bayinya

INDIA – Seorang wanita sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bertarung dengan seekor harimau tanpa sebarang senjata selepas haiwan tersebut menyerang bayinya.

Menurut Daily Mail, cakar harimau tersebut telah menembusi paru-paru wanita berusia 25 tahun itu dalam pertarungan yang terjadi kira-kira 2 minit.

Namun begitu, pertarungan tersebut berakhir dengan wanita itu berjaya menyelamatkan bayinya daripada dibaham harimau terbabit.

Gambar : Daily Mail

Menurut penduduk kampung, gajah juga difahamkan sering masuk ke kampung berhampiran dan merosakkan tanaman mereka.

Difahamkan bahawa, ketika kejadian wanita itu telah membawa bayinya untuk mengambil angin.

Harimau itu dilaporkan menggigit leher bayi tersebut dan cuba membahamnya ketika mereka di padang, menurut Times of India.

Ketika itulah, wanita tersebut terpaksa bertindak nekad dengan menjerit dan melawan haiwan pemangsa itu dengan tangan kosong untuk melindungi bayinya.

Jeritan wanita tersebut telah menyebabkan penduduk dari kampung berhampiran datang dan memukul harimau itu untuk menghalaunya menggunakan kayu.

Gambar : Daily Mail

Wanita tersebut bersama bayinya kemudian telah dibawa ke unit rawatan rapi dan diberi suntikan anti-rabies, kata pakar bedah awam Dr Misthi Ruhela di bandar Jabalpur, menurut BBC.

Seorang doktor memberitahu BBC Hindi bahawa luka pada badan bayi itu tidak serius dan dia hanya memerlukan rawatan di bahagian kepala sahaja.

Tetapi menurut laporan, ibunya mengalami luka di bahagian paru-paru akibat dicakar dan beberapa bahagian badannya turut mengalami luka yang dalam.

Difahamkan, serangan harimau itu telah menimbulkan rasa panik dalam kalangan pengunjung di rizab harimau tersebut.

Pegawai kanan kerajaan Sanjeev Srivastava berkata usaha sedang dilakukan untuk memastikan lebih banyak harimau tidak keluar dari rizab itu.

Sumber : Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa