Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

 32 Orang Dilaporkan Maut & 11 Cedera Dalam Kebakaran Di Pusat Karaoke

32 orang dilaporkan maut & 11 cedera dalam kebakaran
Gambar: SCMP/ The Guardian

32 Orang Dilaporkan Maut & 11 Cedera Dalam Kebakaran Di Pusat Karaoke

Sekurang-kurangnya 32 maut dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Selatan Vietnam pada malam Selasa lalu, lapor The Guardian.

Menurut Menteri Keselamatan Awam Vietnam, 32 orang terkorban dalam insiden itu termasuk 17 lelaki dan 15 wanita, lapor akhbar Cong An Nhan.

Difahamkan, kebakaran itu berlaku di tingkat dua dan tiga bilik karaoke di bandar Thuan An yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Ho Chi Minh City.

Pegawai Tertinggi Parti Komunis di Binh Duong, Mai Hung Dung berkata laporan awal mendedahkan seramai 23 orang maut dan 11 cedera.

Menurut agensi berita tempatan, kebanyakan pelanggan dan kakitangan di pusat karaoke itu merupakan golongan wanita. Ekoran kebakaran yang tercetus, mereka bertindak melompat dari tingkat dua dan tiga bangunan itu bagi menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, api merebak dengan pantas berpunca daripada kayu pada dalaman struktur berkenaan.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, dapat dilihat kepulan asap keluar dari pusat karaoke berkenaan yang terletak di kawasan perumahan.

Pihak bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan kren untuk memadam kebakaran itu. Api itu dapat dikawal sepenuhnnya oleh pihak bomba sejam kemudian.

Dalam kejadian itu, ramai orang yang diselamatkan tidak sedarkan diri akibat terhidu asap.

“Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan,” kata salah seorang pegawai parti komunis, Nguyen Thanh Tam.

Pasukan penyelamat menjalankan misi menyelamat sepanjang malam sekiranya terdapat mangsa yang terperangkap di ruang karaoke seluas 30 bilik itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh semalam mengarahkan Kementerian Keselamatan Awam dan pihak berkuasa wilayah untuk menyiasat mengenai punca kebakaran.

Pada 2018, turut dilaporkan maut dalam kejadian sama di kompleks pangsapuri di Ho Chi Minh City.

Tambahan lagi, tiga orang pegawai bomba turut terkorban dalam kebakaran di Hanoi pada bulan lepas.

Susulan itu, pihak kerajaan mengambil langkah menilai mengenai aspek dan langkah pencegahan kebakaran di bar dan kelab.

Sumber: Al Jazeera, The Guardian