Siakap Keli
Cecair 'Membasahi' Siling Rumah
Gambar : The Thaiger

Ingatkan Sos Ikan, Wanita Terkejut Cecair ‘Membasahi’ Siling Rumah Rupanya Cecair Mayat

Ingatkan Sos Ikan, Wanita Terkejut Cecair ‘Membasahi’ Siling Rumah Rupanya Cecair Mayat

THAILAND – Seorang wanita yang menyangka bahawa sos ikan bocor melalui dinding rumahnya terperanjat setelah mendapati bahawa ia merupakan cecair daripada mayat.

Menurut Thaiger, kejadian itu disedari oleh seorang guru wanita berusia 49 tahun yang tinggal di wilayah Nonthaburi, tengah Thailand,

Dia telah mendapati bahawa terdapat cecair seperti sos ikan bocor melalui silingnya dan menitis ke dindingnya.

Difahamkan wanita itu pergi bercuti pada hujung minggu dan apabila dia pulang ke rumahnya pada pukul 8 malam, dia terhidu bau busuk di apartmennya.

Dia berkata, ‘air hitam’ mengalir melalui celah siling dan telah menyebabkan lopak di atas lantai dan dia menyangka cecair itu sos ikan yang ditapai.

Gambar : The Thaiger

Kemudian, dia memberitahu pengurus pangsapurinya tentang kejadian tersebut dan dengan segera dia datang untuk mengambil video kejadian itu lalu menghantarnya kepada pasukan penyelamat.

Menurut pekerja penyelamat, cecair tersebut lebih kepada cecair daripada mayat yang reput daripada sos ikan yang ditapai.

Pengurus apartmen memeriksa dan mengetuk bilik, tetapi tidak mendapat jawapan. Dia cuba membuka pintu, namun ia berkunci lalu menghubungi polis.

Gambar : The Thaiger

Pada jam 11 malam, Pegawai dari Balai Polis Bang Si Muang tiba untuk membuka pintu dan menjumpai mayat seorang lelaki yang dianggarkan meninggal dunia sekitar tiga hari lalu.

Menurut polis, mereka menemui dadah dan picagari di dalam bilik itu namun tidak menemui sebarang tanda-tanda pergaduhan atau pergelutan.

Difahamkan, wanita itu mendengar si mati bergerak di dalam biliknya pada hari Khamis sebelum dia pergi bercuti pada hujung minggu.

Sehingga kini apartmennya masih terdapat bau busuk dan dia tidak boleh tidur malam kerana fikirannya terganggu.

Dilaporkan, mayat mangsa tersebut telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sumber : TheThaiger

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.